Niaga

“Projek 1MDB Di TRX Tiada Kaitan Dengan Saya” – Peter Sondakh

“Projek 1MDB Di TRX Tiada Kaitan Dengan Saya” – Peter Sondakh

JAKARTA: Jutawan Indonesia, Tan Sri Peter Sondakh berkata, syarikatnya tiada kaitan dan tidak berhasrat untuk melabur di Tun Razak Exchange (TRX) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak sebelum ini.

Menurutnya, Kumpulan Rajawali yang diketuainya hanyalah rakan kongsi Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dalam sebuah projek hotel mewah di Langkawi.

“Tidak…saya tidak berminat dalam projek TRX,” kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Rajawali itu dalam satu temuramah eksklusif dengan StarBiz.

Menurutnya, Rajawali telah mempunyai beberapa projek hartanah di Malaysia dan potfolio hartanah mereka adalah padat dan dana yang diperuntukkan telah digunapakai sepenuhnya.

“Kami sudah kehabisan dana untuk projek hartanah di Malaysia…mungkin untuk projek lain ada kemungkinan tapi tidak hartanah,” ujarnya lagi.

Sondakh berkata demikian sebagai reaksi kepada komentar dan cakap-cakap yang mengatakan yang Kumpulan Rajawali turut terlibat dalam projek pelaburan di TRX yang melibatkan 1MDB.

Kumpulan Rajawali menjadi subjek kepada spekulasi itu setelah mereka mengumumkan urusniaga korporat melibatkan Felda Global Ventures Bhd (FGV) bernilai RM2.8 bilion minggu lepas.

Dalam urusniaga itu, FGV akan menguasai 37% pegangan dalam PT Eagle High Plantations yang dimiliki oleh Kumpulan Rajawali.

Urusniaga itu telah menerima pelbagai kritikan antaranya adalah kerana premium yang mereka bayar untuk 37% pegangan itu dikatakan adalah terlalu tinggi iaitu melebihi 70% daripada nilai pasaran.

Namun Sondakh menepis pandangan tersebut sebagai terlalu tinggi kerana untuk menguasai pegangan yang besar dalam syarikat perladangan di Indonesia bukanlah mudah.

Taikun itu turut menegaskan bahawa semua urusniaganya di Malaysia tiada satu pun ada kaitan dengan hubungan baiknya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ya memang benar saya mengenali Datuk Seri Najib…tapi apa salahnya saya mengenali beliau. Sebagai usahawan, saya menghadiri banyak misi dagang antara negara dan oleh hal yang demikian saya berpeluang untuk bertemu dengan begitu ramai pemimpin negara luar.

“Tapi bukan Datuk Seri Najib sahaja yang saya kenal. Saya juga mengenali Presiden Bill Clinton, Perdana Menteri Britain John Major dan manusia terkaya di dunia Warren Buffett,” ujarnya lagi.

Jutawan berusia 63 tahun itu juga adalah pemilik Westin Langkawi Resort and Spa yang dibelinya pada tahun 2005 dan Sheraton Impirial Hotel di Kuala Lumpur yang dibelinya daripada sebuah bank tempatan.

Mengenai pengterlibatannya dalam projek di Langkawi dengan MoF Inc, Sondakh berkata, Kumpulan Rajawali menerima pelawaan untuk terlibat dalam projek itu berasaskan kejayaan mereka membina dan membangunkan Hotel St Regis di Bali.

Pusat Konvension Antarabangsa Langkawi dan Hotel St Regis Langkawi dibina dengan kerjasama Kumpulan Rajawali dan MoF Inc.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Niaga

rayqanu

Rayani Air Sasar 10 Tahun Manfaatkan Pasaran Umrah Dan Haji

MOHD HAFIZ21 December, 2015
SALLEH-SAID-KERUAK-L2

Dana RM100 Juta Untuk Bantu Perluas Potensi Usahawan Digital – Salleh

NAJHAN1 November, 2015
arul

Gagal Senaraikan IPO Punca Masalah Aliran Tunai 1MDB – Arul Kanda

NAJHAN1 November, 2015
Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Lambat Laun Amerika Syarikat Akan Naikkan Kadar Faedah – Wahid

NAJHAN18 September, 2015
Najib Razak

Jawatankuasa Khas Ekonomi Akan Ditubuhkan – Najib

MOHD IQBAL26 August, 2015
BNM

Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah RM379.4 Bilion Pada 15 Julai

NAJHAN23 July, 2015
1216

Taiwan Mahu Jadikan Malaysia Tempat Ujian Untuk Produk Halalnya

NAJHAN23 July, 2015
malindo

Malindo Air Tawar Jualan Pra-Merdeka Tambang Serendah RM59

NAJHAN22 July, 2015
akbar

Dr Mohd Akbar Md Said Dilantik Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (MRB)

NAJHAN22 July, 2015