Berita

The Edge Diberi Amaran Berkaitan Laporan Tak Tepat – Ahmad Zahid

The Edge Diberi Amaran Berkaitan Laporan Tak Tepat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA: Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong telah diberikan amaran kerana didakwa menyiarkan berita yang tidak betul.

“The Edge dan pemiliknya Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab kerana menyiarkan laporan tidak tepat dan maklumat palsu. Edge perlu mengesahkan fakta sebelum menerbitkan artikel, ” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadiri majlis penerapan nilai-nilai murni bersama menteri di sini Rabu.

Katanya,  laporan blog Sarawak Report telah dijadikan sumber sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan maklumat palsu ini telah kemudiannya dilaporkan oleh The Edge dan media lain.

Ahmad Zahid mengulas mengenai kes penahanan warga Switzerland yang juga bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Justo yang kini ditahan di Thailand.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan Justo merupakan individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat tidak tepat kepada blog Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah mengambil beberapa langkah termasuk melihat dari aspek data forensik yang dimuat turun dan digunakan bekas pegawai itu yang mungkin berniat jahat atau dalang disebaliknya yang menyalurkan maklumat tidak tepat kepada laman blog Sarawak Report mengenai transaksi perniagaan antara 1MDB dan PetroSaudi.

“Sarawak Report kemudiannya menjadi sumber maklumat rintis yang palsu di mana akhirnya dilaporkan semula media lain secara terbuka,” katanya.

Katanya, sebagai menyambut baik penahanan warga Switzerland itu, pihaknya sedia membantu mengekstradisi beberapa suspek yang berkaitan bagi memudahkan pihak berkuasa Thailand menjalankan siasatan.

Ahmad Zahid berkata pihaknya turut difahamkan berdasarkan siasatan forensik, sebahagian daripada e-mel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah selepas dicuri dari pangkalan data PetroSaudi.

PetroSaudi, syarikat antarabangsa industri minyak dan gas yang berpangkalan di Arab Saudi itu, mendapat perhatian di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalankan dengan 1MDB.

Ahmad Zahid berkata pihaknya turut difahamkan set data yang dicuri itu tidak lengkap, malah sudah menjalani proses penyuntingan secara profesional selepas dikeluarkan dari sistem PetroSaudi dengan niat jahat untuk menyerang dan merosakkan imej individu tertentu.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan Justo ditahan polis Thailand atas tuduhan memeras ugut PetroSaudi, seperti yang dilaporkan media Thailand dan syarikat itu.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015