Terkini

Gadis Sabah catat nama dalam sejarah Liverpool

Gadis Sabah catat nama dalam sejarah Liverpool

SEORANG pereka grafik muda dari Sabah, Diana Michelle Culey, 24, mencipta sejarah apabila menghasilkan plat peringatan untuk meraikan 175 tahun sejak pelayaran menyeberangi Lautan Atlantik, yang pertama dalam tahun 1840.

Sabtu lalu, pada hari kapal Queen Mary 2 berlabuh di Liverpool sebelum memulakan meneruskan pelayaran ke Halifax, Boston dan New York (perjalanan serupa yang dilalui 175 tahun lalu), plat peringatan karya Diana menjadi rebutan. Malah, Diana menjadi tumpuan apabila beliau diminta menandatangani 300 plat edisi terhad yang tercatat singkatan namanya, DMK.

Plat itu dikeluarkan oleh syarikat pembuat cenderahati, Winston Elizabeth & Windsor of London.

Diana meninggalkan kediamannya di Kota Kinabalu untuk mencari pengalaman bekerja di Liverpool dan beliau sama sekali tidak menyangka akan menjadi sebahagian daripada warisan dan sejarah bandar Liverpool.

“Ya, saya gembira dan sungguh tidak percaya yang semua ini berlaku,” kata Diana ketika dihubungi.

Diana2Menceritakan bagaimana perkara itu berlaku, Diana berkata, ia bermula apabila beliau bertemu dengan kakitangan Winston Elizabeth & Windsor of London, yang memintanya bekerja dengan mereka selepas syarikat tempat Diana bekerja sebelum itu, tutup.

Syarikat itu amat berminat dengan hasil kerja Diana dan meminta beliau untuk menghasilkan rekaan plat meraikan 175 tahun pelayaran seberang Atlantik oleh syarikat perkapalan Cunard.

Pada 4 Julai 1840, kapal MS Britannia belayar meninggalkan pelabuhan di Mercy, Liverpool menuju Halifax dan Boston di Amerika Syarikat. Pada 4 Julai, baru-baru ini, kapal Queen Mary 2 memainkan semula acara bersejarah itu dan akan melakukan pelayaran seperti 175 tahun lalu.

Diana berkata, beliau mengambil masa kira-kura dua hingga tiga minggu untuk menghasilkan rekaan pada pinggan itu.

“Bila saya mula bekerja, idea akan datang mencurah-curah. Saya juga membuat penyelidikan mengenai Queen Mary 2 sebelum menghasilkan rekaan,” katanya sambil menambah ibu bapanya tidak tahu mengenai kejayaannya itu.

Bapa Diana bekerja sebagai mekanik di negeri kelahirannya, manakala ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Datuk Diana pula seorang bekas anggota tentera British yang berasal dari Newcastle.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Terkini

More in Terkini

diver

Bekerja Tanpa Tali Leher Dan Seluar Dalam

ZULAYHA21 December, 2015
Khoo Kay Kim

Minat Golongan Muda Terhadap Sejarah Semakin Berkurangan – Khoo Kay Kim

NAJHAN29 October, 2015
Pertandingan Kemahiran Dunia

Penuntut JMTI Teruja Bersaing Peringkat Antarabangsa

MOHD IQBAL28 August, 2015
airul firham

Peserta Malaysia Berjaya Laksana Tugasan Di WSC Sao Paulo

M. HADI17 August, 2015
abdulrahmanabdullah

Karyawan Melayu Australia Pamer Lukisan Di Galeri Petronas

NAJHAN12 August, 2015
1227

Ahli Silap Mata Kelahiran P.Pinang Bersinar Di Hollywood

M. HADI10 August, 2015
ace3

Golongan Muda Disaran Ceburi Bidang Perniagaan Sebelum Umur 50 Tahun

NAJHAN30 July, 2015
WT17-1024x682-825x510

Pro Madza: Pelumba Malaysia Weiron Tan Tawan Litar Iowa

NAJHAN19 July, 2015