Suara

Klip video Blank Space ditonton 1 bilion kali

Klip video Blank Space ditonton 1 bilion kali

 

PENYANYI, Taylor Swift, 25, mencipta lagi sejarah apabila klip video lagunya, Blank Space yang disiarkan menerusi Vevo sejak November tahun lalu mencecah satu bilion tontonan.

Klip berkenaan paling cepat mencapai angka besar itu, iaitu hanya dalam tempoh lapan bulan. Ketika awal disiarkan, ia menarik perhatian 20.1 juta tontonan di Vevo.com, YouTube, Xbox, Roku dan platform Vevo lain, dalam masa 24 jam.

Swift berkongsi berita gembira itu kepada 60 juta pengikut Twitternya sebagai tanda terima kasih selain memaklumkan perkembangan single terbaharunya, Bad Blood.

“Video Blank Space baru saja diumumkan sebagai klip paling pantas mencapai 1 bilion tontonan di @vVvo dan Bad Blood pula di carta nombor satu #1 di radio pop untuk minggu ke tiga. Terima kasih semua!” katanya.

Blank Space diterbitkan pada akhir tahun lalu sebagai single kedua yang dimuatkan dalam album ke lima bekas penyanyi lagu country itu berjudul 1989. Manakala muzik videonya pula mendapat sentuhan penerima anugerah Grammy, Joseph Kahn.

Kini Swift sibuk dengan Konsert Jelajah Dunia 1989 yang kini bergerak ke Amerika Selatan. Persembahan mega terbabit bermula Mei lalu dan dijangka tamat menjelang Disember ini.

Beliau berada disenarai teratas Wanita Berpengaruh Termuda yang dikeluarkan majalah Forbes, sekali gus dalam liga sama dengan Beyonce Knowles, Angelina Jolie dan Shakira.

Penerima anugerah Grammy itu juga antara penyanyi yang mampu membawa pulang trofi Billboard Music Award 2015 beberapa minggu lalu.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Suara

More in Suara

Temubual Perpaduan

REAKSI : Perpaduan Di Malaysia Tergugat? – S2

M. HADI13 August, 2015
Temubual Perpaduan

REAKSI : Perpaduan Di Malaysia Tergugat? – S1

M. HADI13 August, 2015
kompang

‘Assalamualaikum’ : Kompang Buskers Gegar KL!

NAJHAN16 July, 2015
gegar

Kompang Buskers Gegar KL!

NAJHAN16 July, 2015
mas2015

Iklan Raya Malaysia Airlines 2015

NAJHAN15 July, 2015
MAS

Video Cinta Jarak Jauh Pasangan #LundangtoNewcastle Cecah 1.3 Juta View

NAJHAN24 June, 2015