Makaih!!

Splash Ikan Emas Tertua Di Dunia

Splash Ikan Emas Tertua Di Dunia

SEEKOR ikan emas yang tinggal bersama sebuah keluarga sejak 1970, mencecah usia 38 tahun pada Rabu sekali gus menjadinya haiwan dari spesies itu yang tertua di dunia.

Ikan emas itu diberi nama Splash.

Ia kehilangan temannya yang diberi nama Splish yang mati dua tahun lalu pada usia lebih 30 tahun.

Anak-anak kepada pemilik ikan emas itu, Richard dan Ann Wright yang kini sudah dewasa memenangi Splash di sebuah funfair di Brockworth, Gloucestershire pada 1977.

Mereka membawa pulang Splash menggunakan plastik beg berisi air.

 

Keluarga tersebut menjangkakan ikan emas itu akan mati dalam tempoh beberapa bulan tetapi pelik apabila ia terus bernyawa sehingga hari ini.

“Splash kelihatan ok tetapi saya tiada idea bagaimana haiwan itu masih hidup sampai ke hari ini.

“Kami merasakan ia akan wujud selama-lamanya dan akan tinggal bersama anak-anak kami,” kata Wright yang kini berusia 71 tahun.

Anak pasangan suami-isteri itu, Hayley dan Matthew masing-masing berusia enam dan sembilan tahun semasa mereka membawa pulang Splash.

Kini, mereka berusia dalam lingkungan 40-an.

Ikan emas dikatakan hanya mampu hidup dalam tempoh beberapa bukan jika diletakkan dalam keadaan yang tidak sesuai.

Namun, haiwan itu boleh hidup selama 10 tahun atau lebih dengan ikan emas tertua yang diberi nama Tish berusia 43 tahun apabila mati pada 1999.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Makaih!!

More in Makaih!!

rm

[Video] Rosmah Mansor Menyanyi Lagu Anak Kampung Viral!

MOHD HAFIZ21 December, 2015
Steve Harvey poses for a photo with the 80 Contestants for Miss Universe 2015 prior to rehearsal at the Planet Hollywood Resort & Casino in Las Vegas on December 19th, 2015.  The 2015 Miss Universe contestants are touring, filming, rehearsing and preparing to compete for the DIC Crown in Las Vegas. Tune in to the FOX telecast at 7:00 PM ET live/PT tape-delayed on Sunday, Dec. 20, from Planet Hollywood Resort & Casino in Las Vegas to see who will become Miss Universe 2015. HO/The Miss Universe Organization

[Video] Kecoh! Pertandingan Miss Universe 2015 Tersilap Umum Pemenang

ZULAYHA21 December, 2015
20151124

Anak Malaysia Juara Debat Bahasa Inggeris, Kalahkan Israel

MUHAMMAD FIRDAUS24 November, 2015
kajang

Tiga Kali Sambut Kelahiran Anak Pada 1 Syawal

NAJHAN18 July, 2015
Spesis

5 Spesis Haiwan Baru Ditemui Sepanjang 2014

NAJHAN13 July, 2015