Politik

Beberapa Individu Akan Disoal Siasat Berhubung Pertemuan Dengan Justo – KPN

Beberapa Individu Akan Disoal Siasat Berhubung Pertemuan Dengan Justo – KPN

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan memanggil beberapa individu untuk disoal siasat berhubung pendedahan Polis Thailand baru-baru ini bahawa warga Switzerland Xavier Andre Justo telah bertemu dengan pemimpin pembangkang dan majikan media Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, maklumat yang didedahkan oleh rakan-rakan mereka di Thailand adalah serius dan mengejutkan.

“Satu laporan polis telah dibuat berdasarkan maklumat yang didedahkan supaya kita dapat menjalankan siasatan di sini.

“Kami telah mengenal pasti pemimpin pembangkang yang terlibat dan beberapa individu lain yang perlu tampil untuk merakamkan keterangan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Bukit Aman, Jumaat.

Beliau berharap semua pihak yang terlibat akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang siasatan.

“Mereka yang tidak bekerjasama akan ditangkap dan ditahan untuk membantu siasatan.

“Kami juga menggalakkan sesiapa yang mempunyai dokumen yang berkaitan dengan kes ini untuk tampil ke hadapan sebelum kita menjejaki mereka,” tegas beliau.

Dilaporkan baru-baru ini bahawa Justo, yang sedang disiasat oleh polis Thailand kerana didakwa memeras ugut PetroSaudi International, telah mengaku mengadakan pertemuan dengan individu tertentu di Singapura untuk berunding mengenai penyerahan dokumen yang dimilikinya.

Jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Lt Gen Prawuth Thavornsiri memberitahu kepada pemberita di Bangkok pada Khamis bahawa Justo bertemu dengan orang-orang yang sangat penting dari beberapa negara, di Singapura.

Prawuth berkata Justo mengadakan rundingan harga untuk memberikan mereka semua salinan dokumen-dokumen dalam bentuk fail elektronik.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015