Berita

Didakwa Curi Cermin Mata Di Times Square, Insiden Hampir Sama di Low Yat?

Didakwa Curi Cermin Mata Di Times Square, Insiden Hampir Sama di Low Yat?

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus jualan di sebuah kedai optik di Berjaya Times Square dibelasah sekumpulan lelaki selepas bersemuka dengan mereka mengenai sepasang cermin mata hitam yang hilang di bahagian peragaan.

Isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Lim berkata, pengurus jualan berusia 34 tahun itu sedang bertugas apabila sekumpulan lelaki yang terdiri daripada empat hingga lima orang memasuki kedai tersebut kira-kira pukul 9.30 malam dan 9.45 malam Jumaat.

Beliau berkata, dia berada berhampiran kedai optik itu menunggu suaminya selesai bertugas.

“Dia bekerja dengan seorang pekerja wanita. Beberapa pekerja lain tidak bertugas.

“Sekumpulan lelaki itu memasuki kedai dan beredar beberapa minit kemudian.

“Suami saya dan rakannya menyedari sepasang kaca mata hitam hilang dari bahagian peragaan,” kata suri rumah itu.

Puan Lim berkata, rakan setugas suaminya mula menjerit ‘pencuri’ dan dia mengejar lelaki tersebut.

“Dia mendekati mereka dan bertanya mengenai kaca mata yang hilang itu,” katanya.

Seorang pegawai berusia 27 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Carmen berada di kedai penjagaan peribadi berhampiran apabila menyedari kekecohan itu.

“Saya keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku dan mendapati seorang lelaki menjerit perkataan kesat ke arah pengurus jualan itu.

“Dia kemudiannya menolak pengurus itu dan beberapa lelaki lain mula menyerangnya.

“Mereka menendangnya seperti bola sepak selama seminit. Dia berpeluang untuk bertindak balas,” katanya.

Carmen berkata terdapat beberapa saksi lain di lokasi kejadian tetapi tiada siapa menghentikan serangan itu termasuk seorang pengawal keselamatan di kedai penjagaan peribadi itu.

“Mereka beredar selepas memukulnya. Seorang lagi pengawal keselamatan datang dan mengiringinya ke kedai optik selepas kumpulan tersebut beredar.

“Terdapat banyak darah keluar dari hidungnya,” kata Carmen.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan susulan.

Laporan polis telah dibuat di balai polis Tun H.S.Lee.

Ketua Penyiasat Polis Dang Wangi, M Gunalan mengesahkan insiden tersebut dan memberitahu polis sedang mengenal pasti suspek.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015