Makaih!!

Tiga Kali Sambut Kelahiran Anak Pada 1 Syawal

Tiga Kali Sambut Kelahiran Anak Pada 1 Syawal

KUALA LUMPUR: Tiga tahun meraikan 1 Syawal dengan kehadiran cahaya mata baharu adalah suatu anugerah kehidupan yang luar biasa bagi pasangan Ahmad Rushdi Rahmad dan Suhana Shukri.

Ahmad Rushdi, 38, berkata lebaran kali ini, beliau cukup teruja apabila dikurniakan bayi lelaki pertama. Bayi itu dilahirkan di Pusat Perubatan Kajang Plaza (KPMC) di sini, pagi semalam.

“Sudah tiga tahun saya tidak berpeluang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri seperti umat Islam yang lain kerana menemani isteri di dewan bersalin untuk menyambut kelahiran anak kami,” katanya.

Ahmad Rushdi berkata, anak pertama dan keduanya iaitu Nur Danisha Fitri, 3 dan Nur Irdina Fitri, setahun, juga dilahirkan pada pagi Hari Raya pertama.

“Saya amat bersyukur kerana berpeluang menemani isteri sepanjang proses kelahiran anak kami dan kali ini seperti sebelumnya, isteri saya selamat melahirkan bayi yang sihat secara normal,” katanya.

Sempena Aidilfitri, Ahmad Rushdi dan isteri sepakat memilih nama Muhammad Aydan Fitri untuk bayi mereka. Pasangan itu berharap berpeluang pulang ke kampung Suhana di Sungkai, Perak bagi meraikan Aidilfitri, tahun depan.

Sementara itu, seramai 24 bayi dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan bayi pertama seberat 2.76 kilogram dilahirkan pada jam 12.14 tengah malam, 1 Syawal. Jumaat.

Jururawat yang bertugas berkata, daripada jumlah kelahiran itu, 15 adalah bayi lelaki manakala sembilan lagi bayi perempuan. Pusat Perubatan Tropicana (TMC) dalam satu kenyataan pula memaklumkan empat bayi dilahirkan di pusat perubatan itu iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan pada Hari Raya pertama. – BERNAMA

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Makaih!!

More in Makaih!!

rm

[Video] Rosmah Mansor Menyanyi Lagu Anak Kampung Viral!

MOHD HAFIZ21 December, 2015
Steve Harvey poses for a photo with the 80 Contestants for Miss Universe 2015 prior to rehearsal at the Planet Hollywood Resort & Casino in Las Vegas on December 19th, 2015.  The 2015 Miss Universe contestants are touring, filming, rehearsing and preparing to compete for the DIC Crown in Las Vegas. Tune in to the FOX telecast at 7:00 PM ET live/PT tape-delayed on Sunday, Dec. 20, from Planet Hollywood Resort & Casino in Las Vegas to see who will become Miss Universe 2015. HO/The Miss Universe Organization

[Video] Kecoh! Pertandingan Miss Universe 2015 Tersilap Umum Pemenang

ZULAYHA21 December, 2015
20151124

Anak Malaysia Juara Debat Bahasa Inggeris, Kalahkan Israel

MUHAMMAD FIRDAUS24 November, 2015
ikan emas

Splash Ikan Emas Tertua Di Dunia

NAJHAN16 July, 2015
Spesis

5 Spesis Haiwan Baru Ditemui Sepanjang 2014

NAJHAN13 July, 2015