Seni

Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dikritik Berbaju Ketat

Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dikritik Berbaju Ketat

PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose berkata kritikan orang ramai mengenai pemakaiannya yang terlalu ketat walaupun sudah bertudung langsung tidak membuatkan hatinya tergores atau terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 23, menyifatkan kritikan oleh netizen di laman sosialnya itu sekadar komen buruk yang tidak perlu diambil perhatian dan dia akan lebih bersikap tidak mempedulikan komen-komen berkenaan.

“Saya pakai tudung bukan kerana orang lain. Tetapi saya pakai tudung untuk keselesaan diri. Perubahan ini (bertudung) adalah urusan saya dengan Allah.

“Orang lain tidak sepatutnya masuk campur. Saya tidak kisah pun dengan kritikan-kritikan itu. Tetapi mana-mana tindakan saya yang salah, kemudian orang komen, saya terima dengan hati terbuka,” katanya

Terdahulu, Uqasha telah dikecam segelintir pengikutnya di Instagram yang mengkritik pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imej aktres itu yang kini sudah bertudung.

Sementara itu, Uqasha berkata, dia bakal mengikut jejak langkah rakan-rakan artis lain melibatkan diri dalam perniagaan pula.

Kata Uqasha, dia akan tampil dengan rekaan tudung di bawah labelnya iaitu Uqasha Senrose yang akan beroperasi beberapa bulan lagi.

“Sejak bertudung, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah.

“Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punya jenama tudung sendiri. buat masa ini ia masih lagi dalam pembikinan. InsyaAllah ia bakal dilancarkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Seni

More in Seni

fp

Pemain Dram Flop Poppy Perlu Bantuan Tempat Tinggal Dan Anak Derita Sakit Usus

NAJHAN30 October, 2015
Akim & Stacy

Keluarga Mahu Perkahwinan Stacy & Akim Disegerakan

M. HADI28 September, 2015
Radhi dan Rani Kulup

Radhi OAG Bakal Bekerjasama Dengan Rani Kulup?

MOHD IQBAL22 September, 2015
Konsert Selasihku Sayang

Memartabat Lagu Melayu Asli Ke Persada Antarabangsa

M. HADI21 September, 2015
Nora Nadeem

Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Berakhir

MOHD IQBAL26 August, 2015
Lah Ahmad

Lah Ahmad: ‘Berkarya kerana ALLAH’

M. HADI14 August, 2015
cinta paling agung

‘Cinta Paling Agung’ Beri Mesej Tentang Poligami

NAJHAN23 July, 2015
Najwa-2

Najwa Latif Belum Sedia Beri Lagu Ciptaan Untuk Penyanyi Lain

NAJHAN22 July, 2015
21715riadz1.transformed

Mahathir Berlakon Filem Kapsul

NAJHAN21 July, 2015