Berita

Warga Asing Banjiri Kota Dengan Sampah Sarap

Warga Asing Banjiri Kota Dengan Sampah Sarap

KUALA LUMPUR: Sikap tidak bertanggungjawab warga asing yang bekerja di negara ini yang membanjiri ibu kota sempena cuti umum Aidilfitri mengundang kemarahan warga tempatan.

Tinjauan Bernama di sekitar Pasar Seni dan pusat membeli-belah di Suria KLCC mendapati ramai warga asing berkumpul beramai-ramai sambil membuang sampah merata-rata, terutamanya di hentian bas dan kaki lima.

Sikap ini bukanlah baharu untuk mereka kerana setiap kali mereka ke bandar, khususnya di hujung minggu, perkara yang sama juga berlaku dan pada cuti umum pula kebanjiran mereka diikuti dengan sampah sarap di merata tempat.

Selain itu, mereka juga minum minuman keras dan mabuk sambil berjalan terhoyong-hayang serta membuang botol dan tin minuman keras di merata tempat, turut membimbangkan orang awam.

Walaupun papan tanda amaran ‘Jagalah Kebersihan’, ‘Keep Clean’ dan tong sampah dilihat ada di mana-mana, namun warga asing tidak mengendahkannya, sebaliknya terus mengotorkan lorong-lorong dan kaki lima dengan meludah dan membuang sampah merata-rata.

 

Pelancong warga China, Austin Zhao, 26, berkata beliau tidak menyangka warga asing lebih ramai daripada warga tempatan pada cuti umum hari ini.

“Saya dengan empat lagi rakan mahu berjalan dari Masjid Jamek ke Petaling Street, namun sepanjang perjalanan ramai warga asing Bangladesh dan Myanmar berkumpul beramai-ramai menyebabkan kami sukar untuk bergerak. Mereka juga tidak menjaga kebersihan ketika di dalam bas dengan meninggalkan botol air kosong dan sampah sarap di atas tempat duduk penumpang,” kata Zhao dalam bahasa Mandarin.

Suri rumah, Christina Tan, 40, berkata beliau membawa tiga anaknya datang ke pesta buku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini dengan menaiki tren sempena cuti umum hari ini.

“Namun anak-anak saya berasa risau kerana warga-warga asing ini berjalan secara berkumpulan dan apabila dalam tren kami rasa tidak selesa dengan tingkah laku serta aspek kebersihan mereka,” katanya.

Pemandu teksi, Mohd Shahrul Hassan, 45, berkata kesesakan lalu lintas makin teruk apabila warga asing tidak mengendahkan kenderaan di atas jalan.

“Mereka seolah-olah menganggap itu jalan mereka dan melintas sesuka hati… pemandu bas pun tidak tahan lalu membunyikan hon tanpa henti. Dari segi kebersihan mereka juga tidak jaga…mereka mempunyai ‘mindset’ bahawa ini bukan negara mereka lalu membuang sampah merata-rata, apabila ditegur pula mereka sangat garang,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan ke atas warga asing ini yang tidak menjaga aspek kebersihan dengan mengenakan denda ataupun hukuman penjara dan bukan menunggu rakyat mengadu setiap tahun. – BERNAMA

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015