Politik

Penipuan, Spekulasi Berterusan Punca Sarawak Report Disekat

Penipuan, Spekulasi Berterusan Punca Sarawak Report Disekat

KOTA KINABALU: Akses untuk melayari Sarawak Report disekat kerana kerajaan tidak dapat bertolak ansur dengan penipuan dan spekulasi berterusan yang dipaparkan laman web itu.

Bagaimanapun, Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahtaraan Bandar, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau tidak fikir langkah itu akan memberi kesan.

“Seikhlasnya, saya tidak fikir tindakan menyekat laman web itu berkesan.

“Mungkin rakyat boleh melaluinya dan pada masa sama kerajaan perlu menyatakan pendirian berasaskan peruntukan undang-undang.

“Jika tidak mengenakan tindakan undang-undang, lebih baik kerajaan sedia ada berhenti daripada fungsi sekarang tetapi pendirian berhubung isu ini perlu dinyatakan dengan jelas,” kataya selepas rumah terbuka Aidilfitri di Tuaran, Isnin.

Ketika ini, kata Abdul Rahman, negara berhadapan pelbagai cabaran dan kerajaan tidak seharusnya mengkritik kerana ia akan menggugat ekonomi.

Pada Ahad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan pihaknya menyekat laman web Sarawak Report kerana ia menggugat kestabilan negara.

Tindakan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia susulan pelbagai aduan yang diterima kerana memaparkan maklumat tidak berasas.

Laman web itu akan disekat sehinggan Pasukan Petugas Khas selesai menyiasat isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Mstar

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015