Politik

Pereka Web Diguna Palsukan Emel Untuk Sarawak Report – Lester

Pereka Web Diguna Palsukan Emel Untuk Sarawak Report – Lester

KUALA LUMPUR: Bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi mendakwa kepakaran pereka laman web digunakan untuk memalsukan emel dan perjanjian bagi menulis berita mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi pendedahan video bahagian kedua itu, Lester, 49, yang mendakwa pernah berkhidmat untuk laman web Sarawak Report berkata, pereka itu dikatakan bekerja separuh masa dengan Yayasan Bruno Manser (BMF).

Dia mendakwa pereka itu memalsukan dokumen di bawah arahan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

“Pereka web di London itu amat mahir melakukannya. Jika anda menyuruhnya untuk menghasilkan wang, dia boleh hasilkan wang untuk anda dan ia akan kelihatan asli,” dakwa Lester dalam video itu yang didedahkan oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Lester turut mendakwa bahawa dia kebiasaannya menghubungi pereka itu tetapi tidak mengetahui apakah perisian yang digunakan oleh pereka berkenaan untuk memalsukan maklumat.

Bagaimanapun, dia mempunyai harapan terhadap dua artikel Sarawak Report iaitu “How Jho Low Used PetroSaudi As ‘A Front’ To Siphon Billions Out Of 1MDB!” dan “Riza and Jho Low face questions over bribery and tax evasion” dengan menggelarkannya sebagai fiksyen yang amat bagus.

“Ia boleh laris dijual sekiranya ia dikeluarkan dalam bentuk novel. Semuanya adalah rekaan!” dakwa Lester.

Lester mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh Sarawak Report adalah “tidak betul”.

“Saya memutuskan untuk tidak melakukan perkara ini kerana saya tahu kesemua ini akan menjejaskan negara dan adalah tidak baik bagi mana-mana manusia untuk menipu dan berbohong bagi memperoleh sesuatu. Dan saya melakukan perkara ini kerana saya tahu bahawa saya melakukan perkara yang betul,” dakwanya. – Mstar

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015