Politik

Sarawak Report Terus Dedahkan Isu 1MDB Walaupun Disekat SKMM

Sarawak Report Terus Dedahkan Isu 1MDB Walaupun Disekat SKMM

SINGAPURA: The Sarawak Report akan terus menyiarkan laporan yang mendedahkan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) walaupun laman webnya disekat pada Ahad.

Laman web itu menjadi sumber utama dakwaan berkaitan 1MDB dan telah menyiarkan beberapa berita berkaitan firma pelaburan kerajaan Malaysia itu.

Akses untuk melayari blog itu disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia dikatakan menggugat kestabilan negara.

Memberi maklumbalas berhubung tindakan itu, Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata, sekatan SKMM itu tidak menghalang sebarang usaha laman web berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad menerusi Facebook, laman web itu berkata: “Tindakan ini tidak akan menghalang Sarawak Report untuk terus menyiarkan maklumat apabila siasatan menghasilkan bukti selanjutnya.

“Perkembangan terkini ini akan menimbulkan keraguan terhadap pentadbir ketika ini yang terbukti gagal untuk menangani bukti yang kami ketengahkan.”

Sebelum ini Sarawak Report menyiarkan laporan mendakwa berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Laporan sama turut disiarkan the Wall Street Journal.

Terdahulu pada Ahad, SKMM berkata, sekatan terhadap laman web Sarawak Report dilakukan kerana pihaknya menerima pelbagai aduan awam berhubung maklumat yang belum dapat disahkan itu.

Laman web itu disekat mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Mstar

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015