Politik

Waran Antarabangsa Ekstradisi Pengasas Sarawak Report Clare

Waran Antarabangsa Ekstradisi Pengasas Sarawak Report Clare

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia boleh memohon waran antarabangsa bagi mengekstradisi pengasas portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown ke Malaysia, kata peguam veteran dan ahli politik, Tan Sri M.Kayveas.

Katanya, ini boleh dilakukan jika terdapat bukti cukup bahawa portal yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu telah mengubahsuai maklumat sulit yang ia terima daripada bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo.

Kayveas memberitahu Bernama, di sini Isnin jika perbuatan itu benar, kerajaan hendaklah mendakwa Brown di bawah Akta Fitnah.

Kavyeas yang juga presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) mengulas laporan media yang menyebut jurucakap polis Thai Lieutenant-General Prawut Thavornsiri sebagai berkata bahawa maklumat yang dijual oleh warga Swiss itu dan apa yang terbit di portal Sarawak Report tidak serupa.

Kayveas berkata, dalam mendapatkan waran antarabangsa untuk tujuan ekstradisi, Peguam Negara hendaklah terlebih dahulu meneliti dan membincangkan kes itu dengan rakan sejawatannya dari UK.

Pilihan lain, kata Kayveas, ialah mendakwa portal itu kerana fitnah di mahkamah UK.

“Kita masih boleh mendakwa mereka (Sarawak Report) di bawah akta fitnah di UK, kerana kedua-dua negara mempunyai kanun keseksaan yang serupa,” kata beliau.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015