Niaga

Pengguna Di China Boleh Guna Laman Web Cari Produk Malaysia – Matrade

Pengguna Di China Boleh Guna Laman Web Cari Produk Malaysia – Matrade

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjangka 300 juta pengguna di bahagian barat dan tengah China menggunakan www.zhongdamen.com sebagai platform untuk mencari produk Malaysia.

Laman web itu yang berpangkalan di Wilayah Henan, China dan dimiliki oleh Henan Central China LogisticCo. Ltd, syarikat milik kerajaan, merupakan kerjasama antara Matrade dan zhongdamen.com.

Matrade dalam satu kenyataan berkataMalaysia merupakan satu-satunya negara Asia yang diberikan keistimewaan memiliki pavilion maya bagi produk Malaysia di laman web itu.

Pavilion lain dalamzhongdamen.comdikhususkan kepada Amerika Syarikat, United Kingdom, NewZealand, Kanada dan Australia.

“Inisiatif ini sejajar dengan strategi untuk meningkatkan eksport ke China dan ia melengkapkan program e-TRADE Matrade, yang diwujudkan untuk menggalakkan eksport menerusi e-pasaran.

“Ini merupakan satu daripada usaha kami untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala Malaysia-China sebanyak US$160bilion menjelang2017,” kata Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perniagaan dan Bahan Binaan Matrade, Ong Yew Chee.

Setakat ini, sejumlah51 produk Malaysia boleh didapatkan di laman web itu.

Antara jenama utama ialah Beryl’s (cokelat), Claypot (sos dan pes), Rasaku (santan kelapa), Ina (mi segera), Super (kopi putih), Cowa (airkelapa), Guarana (cappuccino) dan NuPrep (makanan tambahan TongkatAli).– Bernama

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Niaga

More in Niaga

rayqanu

Rayani Air Sasar 10 Tahun Manfaatkan Pasaran Umrah Dan Haji

MOHD HAFIZ21 December, 2015
SALLEH-SAID-KERUAK-L2

Dana RM100 Juta Untuk Bantu Perluas Potensi Usahawan Digital – Salleh

NAJHAN1 November, 2015
arul

Gagal Senaraikan IPO Punca Masalah Aliran Tunai 1MDB – Arul Kanda

NAJHAN1 November, 2015
Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Lambat Laun Amerika Syarikat Akan Naikkan Kadar Faedah – Wahid

NAJHAN18 September, 2015
Najib Razak

Jawatankuasa Khas Ekonomi Akan Ditubuhkan – Najib

MOHD IQBAL26 August, 2015
BNM

Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah RM379.4 Bilion Pada 15 Julai

NAJHAN23 July, 2015
1216

Taiwan Mahu Jadikan Malaysia Tempat Ujian Untuk Produk Halalnya

NAJHAN23 July, 2015
malindo

Malindo Air Tawar Jualan Pra-Merdeka Tambang Serendah RM59

NAJHAN22 July, 2015
akbar

Dr Mohd Akbar Md Said Dilantik Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (MRB)

NAJHAN22 July, 2015