Politik

1MDB: Penerbit The Edge Dipanggil Untuk Soal Siasat – PDRM

1MDB: Penerbit The Edge Dipanggil Untuk Soal Siasat – PDRM

KUALA LUMPUR: Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat hari ini dipanggil polis untuk disoal siasat berkaitan artikel mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiarkan The Edge Financial Daily.

Perkara itu disahkan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datin Asmawati Ahmad.

“Dia dipanggil. Dia kena hadir,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Selasa lepas, The Edge menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras yang dimilikinya mengenai 1MDB kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Sehari sebelum itu, The Edge Financial Daily menerbitkan artikel empat halaman yang memfokus kepada usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International.

1MDB dalam satu kenyataan pada Selasa menyelar akhbar itu dengan menyatakan bahawa dakwaan dalam laporan itu “sudah lapuk, tidak berasas dan dikitar semula.”

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015