Niaga

Taiwan Mahu Jadikan Malaysia Tempat Ujian Untuk Produk Halalnya

Taiwan Mahu Jadikan Malaysia Tempat Ujian Untuk Produk Halalnya

UALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Taiwan berhasrat menjadikan Malaysia tempat ujian untuk produk halalnya disebabkan permintaan yang tinggi di seluruh dunia, kata Pengarah Pusat Perdagangan Taiwan di Kuala Lumpur, Jessie Tseng.

Katanya kerajaan Taiwan menggalakkan lebih banyak syarikat mendapatkan pensijilan halal bagi produk mereka.

“Tahun ini kami membawa 23 syarikat untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2015), antara bilangan peserta paling banyak,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Jimrosa Taiwan Food Shops di Mid Valley Megamall, di sini hari ini.

Timbalan Perwakilan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Moses Cheng Shyang-Yun, berkata Malaysia adalah rakan dagang kelapan terbesar Taiwan.

“Tahun lepas, dagangan dua hala bernilai sekitar US$17.4 bilion,” katanya.

Cheng berkata bagi perniagaan makanan, cabaran ialah mendapatkan pensijilan halal.

“Pasaran Malaysia merupakan tempat ujian yang bagus bagi makanan Taiwan kerana ia juga adalah jejambat kepada 1.7 bilion Muslim di seluruh dunia. Jika kami berjaya di sini, kami juga boleh menjadi pengeksport makanan halal yang signifikan kepada orang Islam di seluruh dunia,” katanya.

Pengarah Jimrosa (M) Sdn Bhd, Willy Seah berkata syarikat itu mempunyai 300 jenis makanan Taiwan dan 90 peratus adalah halal memandangkan ia dikategorikan sebagai makanan vegetarian dan organik.

“Tidak semua dalam kalangan 90 peratus item halal itu ada pensijilan halal tetapi kami dalam proses mendapatkan pensijilan halal untuk kesemuanya,” kata beliau.

— BERNAMA

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Niaga

More in Niaga

rayqanu

Rayani Air Sasar 10 Tahun Manfaatkan Pasaran Umrah Dan Haji

MOHD HAFIZ21 December, 2015
SALLEH-SAID-KERUAK-L2

Dana RM100 Juta Untuk Bantu Perluas Potensi Usahawan Digital – Salleh

NAJHAN1 November, 2015
arul

Gagal Senaraikan IPO Punca Masalah Aliran Tunai 1MDB – Arul Kanda

NAJHAN1 November, 2015
Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Lambat Laun Amerika Syarikat Akan Naikkan Kadar Faedah – Wahid

NAJHAN18 September, 2015
Najib Razak

Jawatankuasa Khas Ekonomi Akan Ditubuhkan – Najib

MOHD IQBAL26 August, 2015
BNM

Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah RM379.4 Bilion Pada 15 Julai

NAJHAN23 July, 2015
malindo

Malindo Air Tawar Jualan Pra-Merdeka Tambang Serendah RM59

NAJHAN22 July, 2015
akbar

Dr Mohd Akbar Md Said Dilantik Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (MRB)

NAJHAN22 July, 2015
mtrade

Pengguna Di China Boleh Guna Laman Web Cari Produk Malaysia – Matrade

NAJHAN22 July, 2015