Politik

BN Akan Kalah, Jika Bubar Parlimen Esok – Muhyiddin Yassin

BN Akan Kalah, Jika Bubar Parlimen Esok – Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, Barisan Nasional akan kalah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kebimbangan itu berdasarkan maklum balas masyarakat di peringkat akar umbi.

“Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang.

“Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang,” kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Muhyiddin turut mengakui beliau sendiri sukar memahami apa yang sebenarnya berlaku dengan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau tertanya-tanya mengenai sumber mana yang boleh dipercayai sekiranya laporan The Edge tidak boleh dipercayai.

Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi beritahu saya apa yang betul, tidak juga diberitahu sampai sekarang,” kata Muhyiddin.

Beliau menyarankan supaya laporan awal 1MDB dijadikan dokumen awam.

Katanya langkah itu perlu agar masyarakat memahami apa yang disebalik kontroversi syarikat tersebut.

BACA: Sorotan seminggu isu 1MDB

Muhyiddin juga mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya berhenti menghentam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015