Politik

Laporan Interim 1MDB Perlu Jadi Dokumen Awam – Muhyiddin

Laporan Interim 1MDB Perlu Jadi Dokumen Awam – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya laporan awal siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadikan dokumen awam.

Menurut beliau, langkah itu perlu agar masyarakat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam kes tersebut.

“Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir) untuk mereka,” ujar Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dalam ucapan penggulungan  Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.

Pada masa yang sama, Muhyiddin mendesak kerajaan supaya menyelesaikan segera isu skandal 1MDB kerana isu itu akan jadi beban kepada UMNO selaku parti yang menunjangi pemerintahan negara.

“Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan…saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 14 Julai lalu berkata bahawa laporan awal oleh Ketua Audit Negara yang menyiasat aktiviti 1MDB tidak menemukan sebarang bukti salah laku.

Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang “kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu,” tidak timbul.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015