Terkini

Karyawan Melayu Australia Pamer Lukisan Di Galeri Petronas

Karyawan Melayu Australia Pamer Lukisan Di Galeri Petronas

KUALA LUMPUR: Seorang karyawan Melayu Australia akan mempamerkan lukisannya yang diilhamkan daripada keunikan warisan Melayu, di Galeri Petronas di sini dari 1 hingga 16 Ogos.

Abdul-Rahman Abdullah, yang kini menjadi warga Perth, Australia berkata beliau mendapat ilham untuk menghasilkan karya itu daripada pengalaman menjejaki susur galur warisan Melayu dan Islam nenek moyang sebelah ibunya termasuk dari segi budaya dan sejarah ketika melawat Malaysia.

“Saya juga mendapat ilham daripada kekayaan landskap dan kepelbagaian yang dimiliki rakyat Malaysia untuk diabadikan dalam lukisan saya,” katanya pada sidang akhbar mengenai pameran itu yang bertajuk ‘A Cross Cultural Exchange through Art’, di sini, Selasa.

Kini, Abdul-Rahman memberi tumpuan utama kepada seni ukir, seni pemasangan dan lukisan.

Pameran itu adalah sebahagian dripada program pertukaran karyawan tamu yang dilaksanakan Petronas bagi memartabatkan kemajuan seni dan budaya dengan memperagakan karya mereka kepada orang ramai bagi membantu menyuburkan minat masyarakat terhadap bidang kesenian.

“Program karyawan ini merupakan peluang unik bagi saya untuk meningkatkan kefahaman tentang bagaimana warisan budaya saya boleh dijejaki melalui sejarah dan pembangunan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara,” katanya.

Abdul-Rahman, yang ibunya berasal dari Kampung Linggi, Negeri Sembilan, adalah pemenang 2015 Wynne Prize iaitu anugerah tahunan yang memberi pengiktirafan terhadap lukisan landskap terbaik bertemakan keindahan pemandangan di Australia melalui medium minyak dan catan air.

Sementara itu, kurator Galeri Petronas, penulis dan pelukis Badrolhisyam Mohamad Tahir mewakili Malaysia dalam program karyawan tamu dari 1 hingga 4 Jun lepas di Muzium Islam Australia, Melbourne.

Sepanjang berada di sana, Badrolhisyam didedahkan kepada kehidupan masyarakat Islam Melbourne dan menyertai sesi perkongsian dengan pelajar Australian International Academy dalam meneroka isu berkaitan budaya dan bidang tugas kurator.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Terkini

More in Terkini

diver

Bekerja Tanpa Tali Leher Dan Seluar Dalam

ZULAYHA21 December, 2015
Khoo Kay Kim

Minat Golongan Muda Terhadap Sejarah Semakin Berkurangan – Khoo Kay Kim

NAJHAN29 October, 2015
Pertandingan Kemahiran Dunia

Penuntut JMTI Teruja Bersaing Peringkat Antarabangsa

MOHD IQBAL28 August, 2015
airul firham

Peserta Malaysia Berjaya Laksana Tugasan Di WSC Sao Paulo

M. HADI17 August, 2015
1227

Ahli Silap Mata Kelahiran P.Pinang Bersinar Di Hollywood

M. HADI10 August, 2015
ace3

Golongan Muda Disaran Ceburi Bidang Perniagaan Sebelum Umur 50 Tahun

NAJHAN30 July, 2015
WT17-1024x682-825x510

Pro Madza: Pelumba Malaysia Weiron Tan Tawan Litar Iowa

NAJHAN19 July, 2015
Diana

Gadis Sabah catat nama dalam sejarah Liverpool

NAJHAN10 July, 2015