Berita

Muhyiddin Mohon Bakal Haji Doakan Negara Kekal Aman

Muhyiddin Mohon Bakal Haji Doakan Negara Kekal Aman

MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpesan kepada bakal haji agar mendoakan negara kekal aman dan sejahtera, ketika mereka berada di tanah suci Makkah.

Beliau berkata mereka juga perlu mendoakan supaya pemimpin negara dijauhkan daripada perbuatan menjurus kepada fitnah.

“Mohon Allah swt memberikan keadaan lebih sejahtera, ekonomi negara bertambah baik, pendapatan juga melimpah dan kurniaan bertambah-tambah,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan bakal Haji/Hajah anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Sri Pekembar di Pagoh, di sini pada Selasa.

Sebelum itu, Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh bersama-sama para jemaah menunaikan solat Zuhur dan solat sunat hajat bagi mendoakan keselamatan bakal haji ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Berdoa di tanah suci Makkah adalah diibarat peluang yang istimewa bagi bakal jemaah untuk hasrat mereka dimakbulkan selain umum tahu pahalanya besar.

“Bila berada di Makkah akan ada perasaan luar biasa terutama apabila melihat Kaabah, berada di Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah (di Madinah). Justeru, berdoalah selalu setiap masa,” katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sagu hati dan kelengkapan untuk mengerjakan haji kepada 74 bakal haji dan hajah.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015