Berita

Teropong Canggih Pantau Pergerakan Di Sempadan Malaysia-Thailand

Teropong Canggih Pantau Pergerakan Di Sempadan Malaysia-Thailand

KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasang teropong canggih yang berkeupayaan melihat pergerakan manusia di kawasan samar termasuk pada waktu malam di sepanjang sempadan Malaysia/Thailand di Perlis.

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata teropong itu dipasang di menara-menara kawalan oleh polis Bukit Aman baru-baru ini.

“Teknologi teropong tersebut amat canggih dan dipasang bagi memantau pergerakan manusia dalam usaha pihak berkuasa memperkemas kawalan keselamatan di sempadan,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Menurut Shafie dua anggota ditempatkan di setiap menara untuk membuat pemerhatian 24 jam selain rondaan rutin oleh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Pemasangan teropong itu susulan penemuan 139 kubur mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, baru-baru ini yang mengejutkan seluruh negara, katanya.

Shafie berkata beliau juga telah mengarahkan pasukan polis di sempadan supaya meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan masyarakat setempat.

“Saya harap hubungan baik orang awam dan pihak berkuasa akan menghasilkan kesan positif dalam usaha membanteras aktiviti tidak sihat.

“Polis amat menghargai sumbangan rakyat yang selama ini banyak menyalurkan maklumat yang membawa kepada kejayaan membanteras penyeludupan khususnya melalui jalan tikus,” tambahnya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015