Dunia

Bahasa Melayu Medium Paling Berkesan Perkasa Hubungan Rakyat Malaysia-Thailand

Bahasa Melayu Medium Paling Berkesan Perkasa Hubungan Rakyat Malaysia-Thailand

KANGAR – Bahasa Melayu adalah medium paling berkesan untuk memperkasakan hubungan rakyat Malaysia dan Thailand yang telah berada pada tahap baik.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Bahasa Melayu mudah dituturkan kerana kebanyakan wilayah di selatan Thailand menggunakan bahasa tersebut cuma dialek yang sedikit berbeza.

“Saya menyeru agar Bahasa Melayu diletakkan pada tempat sewajarnya sebagai bahasa pengantara dengan memperluaskan penggunaannya supaya terus berkembang dan dekat di hati kita,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika merasmikan Sukan Satun-Perlis 2015 di Sekolah Projek DiRaja Rajaprajanugroh 42 di Satun, petang semalam.

Kenyataan media program itu dikeluarkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, di sini hari ini.

Menurut baginda pertukaran pelajar, penganjuran kursus atau program bersama berkaitan Bahasa Melayu dapat mempercepatkan penguasaan bahasa itu di samping menambah baik keakraban hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

“Program hari ini mendedahkan golongan muda aspek penting seperti perpaduan, kerjasama, persefahaman, semangat setiakawan dan saling menghargai.

“Perbezaan budaya bahasa bukan penghalang dalam sukan yang merupakan aktiviti yang digemari oleh ramai orang,” titah baginda.

Program empat hari yang bermula semalam itu diilhamkan Tuanku Syed Faizuddin dan dianjurkan oleh YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Satun dan Jabatan Pelajaran Perlis.

Ia membabitkan 15 pemain bola sepak dan sembilan pemain sepak takraw terbaik berumur 13 tahun ke bawah dari Sekolah Sukan Perlis yang akan didedahkan teknik permainan oleh pengajar dan pemain terbaik dari Wilayah Satun.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Dunia

vol

Letupas Gas: 11 Cedera, Lapan Gagal Dikesan

MOHD HAFIZ21 December, 2015
justo22

Justo Mahu Saman The Edge Dan Sarawak Report

NAJHAN30 October, 2015
JOKOWI-JEREBU

Jerebu: 19 Maut Di Indonesia

NAJHAN29 October, 2015
Aviastar

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua Penumpang Maut

M. HADI6 October, 2015
Dr Mahathir

Dr Mahathir Terima Anugerah ‘The Star Of Soekarno’

M. HADI28 September, 2015
Rempuhan Mina

Seorang Jemaah Haji Malaysia Terkorban Dalam Rempuhan Di Mina

M. HADI28 September, 2015
najib razak

Malaysia Kutuk Serangan Di Masjid Al Aqsa

M. HADI21 September, 2015
Asyraf Wajdi Dusuki

Dua Jemaah Malaysia Yang Hilang Disahkan Terkorban

M. HADI21 September, 2015
Ratu Elizabeth II

Elizabeth II Catat Sejarah Ratu Paling Lama Memerintah Great Britain

M. HADI10 September, 2015