Seni

Lah Ahmad: ‘Berkarya kerana ALLAH’

Lah Ahmad: ‘Berkarya kerana ALLAH’
NAMA penyanyi ini bukan kecil dalam industri seni tempatan, sementelah dahulu dia pernah popular menerusi kumpulan VE selain bakatnya sebagai penulis lirik serta komposer.

Masih mendapat tempat di hati peminat seni sehingga ke hari ini, empunya nama Abdullah Ahmad ini cukup bertuah kerana meskipun lahir daripada genre RnB dan Hip Hop, keputusannya untuk menghasilkan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian turut mendapat sokongan daripada pengikut setianya.

Dek kerana itu, meskipun pada awalnya dia tidak yakin untuk tampil dengan karya-karya yang dihasilkan namun atas dorongan syarikat naungannya, Inteam Records, dia semakin berkembang menerusi sisi barunya itu.

Lebih dikenali sebagai Lah Ahmad, katanya, dia sangat bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang untuk berkarya di jalan yang diredai ALLAH SWT.

“Alhamdulillah, sebelum ini saya telah tampil dengan album Jalan Untuk Kembali dan ianya mendapat sambutan yang cukup baik walaupun industri kini lebih tertumpu kepada penghasilan single sahaja.

“Apa yang saya nampak, bila menjurus ke arah nasyid, aspek seninya berbeza sekali. Apa sahaja yang kita lakukan, pasti mempunyai jalan dan cara baginya berjaya,” katanya.

Atas alasan itu juga, Lah lebih bersedia untuk menghasilkan album keduanya yang kini dalam proses pembikinan.

“Album kedua ini adalah kesinambungan kepada album pertama, jika album pertama banyak membuka hati saya bercerita mengenai jalan untuk kembali ke sisi Allah, kali ini ia lebih kepada mendekatkan diri kepadanya.

“Bagi saya, apa sahaja yang kita lakukan jika ianya diniatkan kerana Allah, insya-Allah, semunya dipermudahkan,” ujarnya.

Bercerita lanjut, akui Lah, pengalamannya ketika bergelar penulis satu ketika dahulu amat berbeza dengan sekarang.

“Ini sebagai contoh sahaja, jika dulu saya menulis lagu kerana seorang wanita atau subjek-subjek lain, adakala idea atau ilham itu sukar dicari.

“Namun kini sebaliknya, apabila saya tulis sesuatu kerana Allah, ilham tersebut mencurah-curah,” jelasnya penuh erti.

Sedikit mengenai album keduanya itu, kata Lah, ia akan diselitkan dengan 10 ke 11 lagu dan akan menampilkan beberapa artis dalam bentuk kolaborasi.

Kolaborasi bersama Puteri Balqis
Menarik mengenai album kedua itu, penyanyi berusia 35 tahun ini turut menghasilkan sebuah lagu yang berjudul Dendang Abah.

Bagaimanapun, lagu tersebut akan dilancarkan terlebih dahulu sebelum album berkenaan siap sepenuhnya sebagai hadiah kepada peminat yang menantikan buah tangan terbarunya.

Masih mengekalkan konsep ketuhanan dan kerohanian sejak mengambil keputusan berhijrah, lagu berkenaan dikatakan sangat istimewa kerana mendapat kolaborasi bersama pelakon berbakat Puteri Balqis.

Berkongsi mengenai projek berkenaan, kata Lah, dia sangat bersyukur kerana Puteri Balqis menerima tawaran kerjasama tersebut.

“Pengalaman bekerja dengannya sangat hebat. Memang diakui sisi lakonannya begitu baik, tetapi siapa sangka dalam bidang nyanyian dia turut mempunyai kebolehan dan kelebihan.

“Malah dia seorang yang sangat yakin dan hanya berpuas hati apabila kerjanya dirasakan sempurna sahaja. Jika tidak pasti dia ingin melakukannya semula.

“Sebagai orang dewasa inilah kali pertama saya bekerja dengan kanak-kanak tetapi dia sangat profesional,” katanya yang kini popular menerusi lagu Kau Tercipta yang merupakan runut bunyi bagi drama Istikharah Cinta.

Berkongsi lanjut mengenai Dendang Abah, kata Lah, lagu berkenaan merupakan lagu yang istimewa di hatinya kerana ia ditujukan khas buat semua golongan bapa di dunia ini.

“Saya sendiri sudah mempunyai tiga anak, jadi menerusi lagu ini saya ingin terjemahkan kasih saya bapa terhadap anak mereka.

“Saya harap mereka mendapat mesej yang hendak disampaikan, kerana itulah Balqis wujud dalam karya ini kerana kita mahukan penglibatan seorang anak,” katanya lagu tersebut bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Seni

More in Seni

fp

Pemain Dram Flop Poppy Perlu Bantuan Tempat Tinggal Dan Anak Derita Sakit Usus

NAJHAN30 October, 2015
Akim & Stacy

Keluarga Mahu Perkahwinan Stacy & Akim Disegerakan

M. HADI28 September, 2015
Radhi dan Rani Kulup

Radhi OAG Bakal Bekerjasama Dengan Rani Kulup?

MOHD IQBAL22 September, 2015
Konsert Selasihku Sayang

Memartabat Lagu Melayu Asli Ke Persada Antarabangsa

M. HADI21 September, 2015
Nora Nadeem

Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Berakhir

MOHD IQBAL26 August, 2015
cinta paling agung

‘Cinta Paling Agung’ Beri Mesej Tentang Poligami

NAJHAN23 July, 2015
Najwa-2

Najwa Latif Belum Sedia Beri Lagu Ciptaan Untuk Penyanyi Lain

NAJHAN22 July, 2015
21715riadz1.transformed

Mahathir Berlakon Filem Kapsul

NAJHAN21 July, 2015
uqasha-senrose-berhijab

Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dikritik Berbaju Ketat

NAJHAN19 July, 2015