Politik

18 AJK PAS Kelana Jaya Letak Jawatan

18 AJK PAS Kelana Jaya Letak Jawatan

SHAH ALAM: Seramai 18 orang Anggota Jawatan Kuasa (AJK) PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan mulai Ahad bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Termasuk yang berbuat demikian ialah Timbalan Yang Dipertua Omar Ahmad, Naib Yang Dipertua Muzammil Hafiz dan tujuh orang Ketua Cawangan.

Izham berkata jumlah tersebut melibatkan lebih dua pertiga daripada keseluruhan AJK PAS Kelana Jaya dan mereka menyerahkan kepada pimpinan PAS Pusat untuk mengambil alih pentadbiran seterusnya di kawasan berkenaan.

“Peletakan jawatan ini secara keseluruhan melibatkan 87 pimpinan di pelbagai peringkat di kawasan Kelana Jaya dan ia bertepatan dengan masa dan waktu untuk kami menjayakan dan bersama dalam mendokong cita-cita murni melalui usaha politik Islam yang lebih kami yakini yang bersifat inklusif, progresif dan sejagat yang merentasi kaum, agama dan budaya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, Ahad.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Roslan Abu Bakar dalam sidang akhbar yang sama berkata beliau turut meletak jawatan bersama tiga AJK Dewan Muslimat.

Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015