Seni

Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Berakhir

Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Berakhir

PETALING JAYA: Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

“Hmm… Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki,” katanya.

Persoalan mengenai status perhubungan pasangan  itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto  bersama di laman Instagram masing-masing.

Malah Nedim juga tidak memuat naik foto Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

Sebaliknya, masing-masing mengambil pendekatan memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu.

“Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang,” ujarnya.

Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.

Sementara itu, Nora berkata dia mahu memberi lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya dan perniagaan kafe Kopi XOXO miliknya, yang terletak di Rumoda, Bangsar, dekat sini.

Malah, Nora juga bakal muncul menerusi dua filem terbaharu iaitu Polis Evo danChowrasta tidak lama lagi.

“Selain promosi filem Polis Evo dan Chowrasta, saya akan menjalani penggambaran drama berepisod dengan pengarah Erma Fatima berjudul Rumi & Jawi.

“Dalam pada itu, saya juga merancang beberapa perniagaan lain yang akan diberitahu kelak,” tuturnya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Seni

More in Seni

fp

Pemain Dram Flop Poppy Perlu Bantuan Tempat Tinggal Dan Anak Derita Sakit Usus

NAJHAN30 October, 2015
Akim & Stacy

Keluarga Mahu Perkahwinan Stacy & Akim Disegerakan

M. HADI28 September, 2015
Radhi dan Rani Kulup

Radhi OAG Bakal Bekerjasama Dengan Rani Kulup?

MOHD IQBAL22 September, 2015
Konsert Selasihku Sayang

Memartabat Lagu Melayu Asli Ke Persada Antarabangsa

M. HADI21 September, 2015
Lah Ahmad

Lah Ahmad: ‘Berkarya kerana ALLAH’

M. HADI14 August, 2015
cinta paling agung

‘Cinta Paling Agung’ Beri Mesej Tentang Poligami

NAJHAN23 July, 2015
Najwa-2

Najwa Latif Belum Sedia Beri Lagu Ciptaan Untuk Penyanyi Lain

NAJHAN22 July, 2015
21715riadz1.transformed

Mahathir Berlakon Filem Kapsul

NAJHAN21 July, 2015
uqasha-senrose-berhijab

Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dikritik Berbaju Ketat

NAJHAN19 July, 2015