Berita

Melayu Tidak Bangsat Kerana Islam

Melayu Tidak Bangsat Kerana Islam

RANTAU PANJANG – Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan kesal dengan kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa.

Presidennya, Razak Abas berkata, Najib tidak seharusnya berkata sedemikian apatah lagi dengan statusnya sebagai Perdana Menteri dan juga anak kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Menurutnya, ucapan itu seolah-olah menggambarkan bahawa kaum Melayu tidak mengamalkan ajaran Islam sehingga terjerumus ke dalam istilah tersebut.

“Kata-kata itu terlalu keras dan boleh merosakkan akidah kerana ia seumpama memberi keyakinan bahawa Melayu hanya akan mulia dengan adanya Umno.

“Selagi kita ikut ajaran Islam, al-Quran dan Sunnah, kita tidak akan menjadi terbangsat walaupun tanpa Umno,” tegasnya.

Razak merupakan bekas ahli Umno dan katanya, sejak meninggalkan Umno untuk menyertai Pas, dia tidak pernah merasakan Melayu berada dalam kelompok yang hina.

Sehubungan itu, beliau memohon ulama-ulama serta mufti bertindak dan membetulkan kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Razak berpendapat Najib seperti mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mengeluarkan kenyataan ‘Melayu Haprak’ suatu ketika dahulu.

Isnin lalu, akhbar ini melaporkan, Najib mengeluarkan kenyataan ‘orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa’ ketika berucap di Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Umno Padang Besar, Kangar, Perlis, dan kerana itu ahli Umno wajib mempertahankan parti tersebut.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015