Terkini

Penuntut JMTI Teruja Bersaing Peringkat Antarabangsa

Penuntut JMTI Teruja Bersaing Peringkat Antarabangsa

BUKIT MERTAJAM 27 Ogos – Bersaing dengan peserta lain terutama dari negara maju seperti Jerman, Jepun, Amerika Syarikat dan banyak lagi dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) tidak langsung menggentarkan dua pelajar Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) di sini.

Bagi Tan Wern Lee dan Mohamad Wijdan Mohd. Ariff, keterujaan dapat mewakili Malaysia ke WSC yang berlangsung di Anhembi Park, Sao Paulo, Brazil membuatkan mereka bersemangat untuk menyiapkan enam modul dalam masa empat hari yang ditetapkan.

Menurut Mohamad Wijdan yang juga penuntut Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, sorakan penonton yang hadir juga membuatkan mereka mampu melupakan tekanan yang melanda.

Katanya, percubaan mereka sejak 2013 dan 2014 apabila menyer­tai WSC Belia di tanah air serta kejayaan menggondol gangsa pada Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) di Hanoi, Vietnam membakar semangat mereka.

“Kami tak sangka percubaan pertama JMTI dalam WSC tahun ini membawa tuah apabila tetap berjaya mendapat Medallion of Excellence dalam kategori Mekatronik dan berada di tangga ke-11 daripada 37 negara.

“Kami juga bersyukur kerana dapat meraih pengalaman berharga sepanjang pertandingan itu dengan perbincangan dengan peserta dari negara lain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam WSC itu, 20 peserta negara ini menyertai 19 bidang kemahiran pada pertandingan yang pertama kali diadakan di negara Amerika Latin.

Pertandingan itu meliputi bidang mekatronik; penyelesaian perisian IT; kimpalan; perpaipan dan pemanas; elektronik; pemasangan; pemasangan elektrik; pembuatan kabinet; terapi kecantikan; teknologi fesyen; masakan dan penyejukan.

Penyertaan Malaysia di WSC itu sekali gus merupakan pencapaian terbaik mengatasi penyertaan di Leipzig, Jerman dua tahun lepas dengan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Baharu, Airul Firham Che Amran berjaya meraih pingat gangsa dalam bidang kemahiran dandanan rambut.

Pertandingan yang berlangsung dari 11 hingga 16 Ogos itu disertai 1,200 peserta daripada lebih 60 negara dengan sebanyak 50 bidang kemahiran dipertandingkan.

Sementara itu, Wern Lee berkata, biarpun kedua-dua mereka akan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Perlis (Unimap) selepas ini namun mereka tetap akan membantu membimbing generasi pelapis dari JMTI untuk menyertai WSC akan datang.

“Kami akan bantu jurulatih, Sahadi Md. Aziz yang banyak bimbing kami selama ini untuk mencari lebih ramai pelajar JMTI yang mampu bersaing dalam ASC di Kuala Lumpur tahun hadapan dan WSC di Abu Dhabi pada 2017,” ujarnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan JMTI, Junnaina Husin Chua melontarkan cabaran kepada pelajar JMTI yang lain untuk menyaingi kejayaan yang dicapai Wijdan dan Wern Lee.

Jelasnya, kedua-dua pelajar itu telah meletakkan tanda aras kepada pelajar lain untuk sama-sama mencuba nasib dalam WSC dan membawa nama JMTI ke persada dunia.

Tambah Junnaina lagi, pencapaian menempatkan diri sebagai 11 terbaik dunia membuka mata pihak luar kepada keupayaan JMTI melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang teknikal.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Terkini

diver

Bekerja Tanpa Tali Leher Dan Seluar Dalam

ZULAYHA21 December, 2015
Khoo Kay Kim

Minat Golongan Muda Terhadap Sejarah Semakin Berkurangan – Khoo Kay Kim

NAJHAN29 October, 2015
airul firham

Peserta Malaysia Berjaya Laksana Tugasan Di WSC Sao Paulo

M. HADI17 August, 2015
abdulrahmanabdullah

Karyawan Melayu Australia Pamer Lukisan Di Galeri Petronas

NAJHAN12 August, 2015
1227

Ahli Silap Mata Kelahiran P.Pinang Bersinar Di Hollywood

M. HADI10 August, 2015
ace3

Golongan Muda Disaran Ceburi Bidang Perniagaan Sebelum Umur 50 Tahun

NAJHAN30 July, 2015
WT17-1024x682-825x510

Pro Madza: Pelumba Malaysia Weiron Tan Tawan Litar Iowa

NAJHAN19 July, 2015
Diana

Gadis Sabah catat nama dalam sejarah Liverpool

NAJHAN10 July, 2015