Berita

CD Kalimah ‘Allah’ Akan Dipulangkan Kepada Pemiliknya Esok

CD Kalimah ‘Allah’ Akan Dipulangkan Kepada Pemiliknya Esok

KUALA LUMPUR: Seorang kerani dari Sarawak akhirnya akan mendapat semula CD yang mengandungi kalimah ‘Allah’ pada Khamis, selepas tujuh tahun ia dirampas daripadanya.

Peguam kepada Jill Ireland Lawrence Bill, Annou Xavier mengesahkan telah menerima surat meminta beliau mengambil CD tersebut di Kompleks Kastam di KLIA pada waktu pejabat, Khamis.

“Saya telah diminta untuk mengambil CD-CD tersebut di kompleks itu antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang,” katanya ketika dihubungi.

Menurut surat itu, beliau perlu hadir dengan Bill untuk mengambil CD di Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran di sana.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan baru-baru ini berkata kerajaan akan mengembalikan CD-CD yang dirampas kepada Bill.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Pegawai Kanan Kastam, Suzanah Muin yang merampas CD milik Jill itu pada 2008 adalah tidak baik dalam undang-undang dan adalah ‘ultra vires’ Seksyen 9 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Suzanah juga bukan merupakan orang yang dibayangkan oleh Parlimen sebagai orang kompeten yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah rampasan.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015