Politik

Dengan Berakhirnya Spekulasi Mengenai Pemecatan, UMNO Fokus Kepada Perpaduan

Dengan Berakhirnya Spekulasi Mengenai Pemecatan, UMNO Fokus Kepada Perpaduan

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Dengan berakhirnya spekulasi mengenai pemecatan timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib-presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, parti itu kini memberi fokus kepada perpaduan.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn hari Rabu khusus menyentuh soal perpaduan pada pucuk pimpinan, yang Datuk Seri Najib Tun Razak lihat sebagai genting dalam usaha memperkukuhkan parti.

Perdana Menteri dan presiden UMNO itu memberitahu pemberita selepas mesyuarat tersebut bahawa pemecatan pemimpin parti tiada langsung dalam agenda mesyuarat dan perbincangan tertumpu kepada memperkukuh perpaduan dalam kalangan anggota dan pucuk pimpinan.

Muhyiddin berada di sebelahnya pada sidang akhbar berkenaan.

Mohd Shafie turut hadir bersama dua naib presiden yang lain – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ini dengan sendirinya memaparkan perpaduan dalam kalangan pemimpin, menurut beberapa anggota MT.

Muhyiddin menyifatkan dirinya sebagai anggota UMNO “totok”, dan sememangnya kesetiaan beliau kepada parti tidak pernah dipersoalkan.

Bernama mengekori Muhyiddin ke kediamannya di Bukit Damansara, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, ahli dewan undangan negeri Johor kawasan Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, yang mengiringi Muhyiddin, berkata: “Tan Sri nampaknya senang dengan kenyataan presiden UMNO…Beliau akan hidup dan mati bersama UMNO.”

Shahruddin berkata Muhyiddin memberitahunya beliau akan berusaha sedaya mungkin untuk menaikkan semula nama UMNO dan mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada parti.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015