Berita

Malaysia Akan Sertai Forum Wanita Eropah-Asia Di Rusia

Malaysia Akan Sertai Forum Wanita Eropah-Asia Di Rusia

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Malaysia akan menyertai Forum Wanita Eropah-Asia yang julung kali diadakan bagi meningkatkan kerjasama dan persefahaman dalam kalangan anggota Parlimen wanita dari kedua-dua benua itu.

Anggota Parlimen Rusia, Lilia Gumerova, yang sedang menghadiri Persidangan Agung Ke-36 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) di sini, berkata forum itu akan berlangsung di St. Petersburg, Rusia pada 24 dan 25 Sept ini.

“Kami telah menyampaikan jemputan kepada rakan kami dari ASEAN di sini dan mereka memberi respons yang sungguh baik. Kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Malaysia, China dan Vietnam adalah antara negara yang sudah menyatakan minat untuk menyertai forum ini.

“Kami berharap lebih benyak anggota Parlimen wanita dari negara anggota ASEAN akan menyertai kami,” katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Menurut beliau, setakat ini, kira-kira 750 wakil dari 78 negara Eropah dan Asia mengesahkan penyertaan pada forum itu.

Gumerova berkata forum itu juga akan memberi fokus terhadap kesaksamaan jantina dan usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam semua bidang, termasuk perundangan, politik, perniagaan dan pengurusan.

Katanya, forum itu akan turut menyentuh tentang usaha mengukuhkan lagi kerjasama mengenai bantuan kemanusiaaan serta pelaksanaan projek amal antara benua Eropah dan Asia.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015