Politik

Melayu Perlu Ambil Kira Kaum Lain – Presiden PAS

Melayu Perlu Ambil Kira Kaum Lain – Presiden PAS

Kuala Terengganu – PAS sentiasa konsisten dengan dasar perjuangan dan menegaskan hanya dengan Islam boleh menyatukan Melayu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan penyatuan Melayu mestilah dengan Islam agar kaum lain tidak terabai dalam masyarakat majmuk.

“Pertama, yang menyatukan Melayu mestilah dengan Islam. Kedua, orang Melayu perlu mengambil kira kaum lain. Jangan abaikan kaum lain kerana kaum lain juga adalah mangsa penjajahan.

“Perang dunia pertama dan kedua, barang kali lebih 60 peratus anak jajahan menjadi mangsa korban perang dunia.

Penjajah selamat dan yang matinya kita, ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang kepada media ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-13 berhenti rehat, hari ini.

Dengan sebab itu, ujar beliau memang tidak dinafikan majoriti rakyat adalah Melayu Islam.

“Dalam masa yang kaum lain adalah sahabat kita dalam masyarakat majmuk,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya jika berlaku perpecahan semua kaum boleh menjadi lemah sama ada Melayu, Cina dan India.

“Berpecah semua lemah, Cina pun lemah, lndia pun lemah jika berpecah. Apa yang pentingnya, yang menyatukan Melayu ialah Islam dan bukan semangat kebangsaan,” tegasnya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015