Politik

PAS Ada Kekuatan Sendiri – Abdul Hadi

PAS Ada Kekuatan Sendiri – Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar PAS supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

“Hingga ini PAS dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan konsisten dengan pendirian selama ini,” katanya ditemui ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengenai status Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat PAS setelah menyertai PAN, Abdul Hadi berkata, beliau akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan PAS negeri dan PAS Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketika ditanya kemungkinan anggota PAS akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September ini, Presiden PAS itu berkata beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan.

“Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan, kita menghormati Hari Kebangsaan,” katanya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015