Berita

Polis Percaya Morais Diculik – KPN

Polis Percaya Morais Diculik – KPN

GEORGE TOWN, 9 Sept – Polis percaya kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais adalah akibat diculik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu kes kehilangannya diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu culik, dan bukan lagi sebagai kes orang hilang.

“Kami kini mempunyai beberapa petunjuk, ia bukan sekadar ‘orang hilang’ tapi kami percaya beliau diculik. Kami masih meneruskan siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini Rabu.

Seramai 136 penerima yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima pingat itu sempena ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke-77, di Dewan Sri Pinang di sini.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur, Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana warna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya percaya insiden kekecohan yang berlaku pada perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam tadi telah dirancang sekumpulan penyokong tempatan sebelum memasuki stadium.

Justeru, beliau berkata polis akan berunding dengan pengurusan stadium untuk meningkatkan kawalan keselamatan di situ termasuk proses kemasukan penyokong pasukan bola sepak.

Beliau berkata setakat ini, 11 orang telah ditahan dan polis sedang mengesan mereka yang masih bebas.

Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara kedua-dua pasukan terpaksa dihentikan pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man pada minit ke-88 selepas segelintir penyokong ‘Ultras Malaya’ melontar suar dan mercun roket ke padang.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015