Politik

UMNO Tak Terbabit Himpunan Jalanan 16 September – PM

UMNO Tak Terbabit Himpunan Jalanan 16 September – PM

KUALA LUMPUR: UMNO tidak terbabit dengan Perhimpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan diadakan di ibu negara pada 16 September ini, kerana parti itu sentiasa mendaulatkan undang-undang negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, jika pun ada pemimpin UMNO terbabit, ia bukan mewakili parti sebaliknya wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mereka pimpin.

“Kita tidak akan sesekali menyertai perhimpunan yang boleh merosakkan keamanan dan kedaulatan negara.

“Jika ada pemimpin kita terbabit, ia atas platform NGO mereka ketuai, seperti juga perhimpunan Bersih, ada pemimpin pembangkang terbabit,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya patuh kepada undang-undang dan arahan polis dalam melakukan sebarang tindakan.

“Pendirian UMNO jelas, kita mesti patuh kepada undang-undang negara dan arahan pihak polis. Ini adalah sebuah negara bebas tetapi kita mesti utamakan undang-undang,” katanya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015