Dunia

Dua Jemaah Malaysia Yang Hilang Disahkan Terkorban

Dua Jemaah Malaysia Yang Hilang Disahkan Terkorban

MAKKAH, 21 Sept – Dua jemaah Malaysia yang hilang selepas tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas, disahkan turut terkorban, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Proses pengecaman jenazah dua jemaah berkenaan – Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah, dilakukan waris dan anggota keluarga mangsa di rumah mayat Muaissem di Mina.

“Pada 10 malam tadi, waktu Arab Saudi (3 pagi tadi waktu Malaysia), pihak berkuasa Arab Saudi telah memaklumkan kepada Tabung Haji berkenaan penemuan dua lagi mayat tragedi kren berkenaan.

“Pihak perubatan TH telah bergegas ke rumah mayat Muaissem untuk membuat pengecaman dan pengesahan awal, sebelum membawa waris jemaah berkenaan untuk pengesahan,” katanya kepada pemberita di sini.

Makluman lengkap berkenaan tempat dan waktu penemuan mayat belum dimaklumkan pihak berkuasa Arab Saudi, katanya.

“Jenazah telah disahkan oleh waris dan disokong oleh identifikasi yang masih ada pada jenazah khususnya gelang, lencana dan barangan peribadi mangsa,” katanya.

Waris Shahidan iaitu abangnya Sobri dan adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di sini pada Jumaat bagi melakukan ujian padanan DNA dengan jenazah yang terdapat di rumah mayat Muaissem.

Dr Asyraf Wajdi berkata ketika ini pihak TH sedang menumpukan kepada usaha mempercepatkan proses pengurusan pengebumian jenazah bersama pihak Muassasah Asia Tenggara.

Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku dan Zainun Taha, 69, berasal dari Ampang, Selangor.

Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lepas itu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren berkenaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat Asar.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Dunia

More in Dunia

vol

Letupas Gas: 11 Cedera, Lapan Gagal Dikesan

MOHD HAFIZ21 December, 2015
justo22

Justo Mahu Saman The Edge Dan Sarawak Report

NAJHAN30 October, 2015
JOKOWI-JEREBU

Jerebu: 19 Maut Di Indonesia

NAJHAN29 October, 2015
Aviastar

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua Penumpang Maut

M. HADI6 October, 2015
Dr Mahathir

Dr Mahathir Terima Anugerah ‘The Star Of Soekarno’

M. HADI28 September, 2015
Rempuhan Mina

Seorang Jemaah Haji Malaysia Terkorban Dalam Rempuhan Di Mina

M. HADI28 September, 2015
najib razak

Malaysia Kutuk Serangan Di Masjid Al Aqsa

M. HADI21 September, 2015
Ratu Elizabeth II

Elizabeth II Catat Sejarah Ratu Paling Lama Memerintah Great Britain

M. HADI10 September, 2015
Lori Eksiden

Pemandu Tersedak Rempuh 23 Kereta

M. HADI10 September, 2015