Seni

Memartabat Lagu Melayu Asli Ke Persada Antarabangsa

Memartabat Lagu Melayu Asli Ke Persada Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Alunan indah Muzik Melayu Tradisional di panggung bertaraf dunia iaitu Dewan Filharmonik Pertonas malam tadi menerusi kemerduan suara para penyanyi dan iringan muzik orkestra berjaya mempersonakan lebih 800 penonton pada ‘Konsert Selasihku Sayang’ itu.

Selama lebih dua jam, para hadirin dibuai dengan nyanyian lagu seperti Embun Menitik, Zapin Bunga Hutan, Damak, Gurindam Jiwa, Penawar Rindu, Bunga Tanjung, Pasir Roboh dan Selasihku Sayang beserta alunan muzik 66 anggota Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Orkestranya adalah di bawah pimpinan komposer dan penggiat muzik Datuk Dr Johari Salleh dan Pengarah Muzik Orkestra DBKL, Mohamad Adzan Mohd Fadzil.

Konsert yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Filharmonik Petronas dan DBKL tersebut dibuaikan dengan kemerduan suara penyanyi seperti Dayang Nurfaizah, Aspalela Abdullah, Datuk Andre Goh serta beberapa penyanyi baharu di samping alunan saksafon Datuk Dr Ahmad Nawab.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli yang ditemui kemudiannya memaklumkan konsert tersebut merupakan antara platform untuk mengapungkan lagu asli sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Jika orang Itali berbangga dengan opera dan muzik klasikal mereka, maka orang Malaysia patut berbangga dengan lagu asli yang merupakan identiti mereka sendiri.

“Muzik tradisional Melayu merupakan interpretasi melodi dan lirik yang penuh dengan cerminan budaya Melayu dengan susunan muziknya beralun lenggok sempurna dalam luahan emosi beserta pantun yang penuh dengan maksud tersirat,” ujarnya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Seni

fp

Pemain Dram Flop Poppy Perlu Bantuan Tempat Tinggal Dan Anak Derita Sakit Usus

NAJHAN30 October, 2015
Akim & Stacy

Keluarga Mahu Perkahwinan Stacy & Akim Disegerakan

M. HADI28 September, 2015
Radhi dan Rani Kulup

Radhi OAG Bakal Bekerjasama Dengan Rani Kulup?

MOHD IQBAL22 September, 2015
Nora Nadeem

Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Berakhir

MOHD IQBAL26 August, 2015
Lah Ahmad

Lah Ahmad: ‘Berkarya kerana ALLAH’

M. HADI14 August, 2015
cinta paling agung

‘Cinta Paling Agung’ Beri Mesej Tentang Poligami

NAJHAN23 July, 2015
Najwa-2

Najwa Latif Belum Sedia Beri Lagu Ciptaan Untuk Penyanyi Lain

NAJHAN22 July, 2015
21715riadz1.transformed

Mahathir Berlakon Filem Kapsul

NAJHAN21 July, 2015
uqasha-senrose-berhijab

Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dikritik Berbaju Ketat

NAJHAN19 July, 2015