Politik

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

KOTA BAHARU: PAS sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pendirian itu diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini.

“Kami tidak dapat bersama Pakatan Rakyat 2.0 kerana adanya DAP dan Amanah yang pada anggapan kami telah mengkhianati dan lari daripada kami,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Madrasah al-Fununiah al-Tunjuniah di sini, hari ini.

Dalam kejadian kebakaran Ahad malam itu, tiga rumah papan dan dua buah motosikal serta dua buah kereta musnah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun menyedari perlu kerjasama erat dalam kalangan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, namun buat masa sekarang PAS tetap dengan pendirian itu.

“Walaupun tidak dibincang secara rasmi, itulah pandangan yang dilahirkan sebelum ini melalui rumusan yang dibuat oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

“Dalam suasana dan perkembangan sekarang, perbincangan kerjasama rasmi itu memang kami tidak dapat terima,” katanya.

Mohd Amar berkata, PAS juga bersedia untuk bergerak bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang jika keadaan memaksa.

“PAS ada pengalaman bersendirian … soal kalah menang itu bergantung kepada kehendak Allah,” katanya.

Beliau berkata PAS juga akan tetap memperjuangkan kerusinya walaupun berkemungkinan berdepan dengan pertarungan tiga atau empat penjuru jika Amanah turut bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti dan melanggar bai’ah disaran meletakkan jawatan bagi menyelamatkan diri daripada hukuman Allah.

“Bai’ah menggunakan nama Allah dan bukan perkara main-main… sebab itu kami minta supaya mereka menyelamatkan diri mereka dengan letak jawatan.

“Kalau mereka berdegil kami tidak boleh berbuat apa-apa sebab kami tiada kuasa, tapi jika berlaku apa-apa nanti kena tanggung sendirilah,” katanya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015
hadi

Melayu Perlu Ambil Kira Kaum Lain – Presiden PAS

M. HADI10 September, 2015