Politik

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

JOHOR BAHARU: Tindakan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang Cia Chow Hui memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai keputusan yang tidak matang, melulu serta mengecewakan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Azman Ja’afar berkata kenyataan Chow Hui yang menyatakan pendirian tidak akan menyokong sebarang program atau acara yang dihadiri perdana menteri dilihat sebagai tidak wajar lebih-lebih lagi negara baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

“Keputusan yang dibuat itu tidak menggambarkan semangat setiakawan sebenar parti-parti komponen dalam BN,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau seharusnya Chow Hui melihat perkara yang lebih besar selain daripada isu perkauman.

“Ini selari dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenaan perkara ini yang tidak mahu isu dan sentimen perkauman dibangkitkan,” katanya.

Azman berkata, Pemuda MCA juga harus sedar dan tidak mudah terperangkap dengan taktik serta strategi pembangkang untuk melemahkan lagi persefahaman parti pelbagai bangsa dalam BN.

“Sekarang adalah masa untuk bersatu padu dan bukan memainkan isu perkauman yang sememangnya merupakan senjata yang sengaja digunakan oleh pembangkang bagi memecahbelahkan kesatuan, keharmonian dan keutuhan parti-parti komponen dalam perikatan Barisan Nasional,” kata beliau.

Azman mengulas kenyataan Chow Hui semalam yang menyatakan pendirian memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri berikutan kenyataan Najib yang menyokong Himpunan Rakyat Bersatu.

“Kami berpandangan bahawa Himpunan Rakyat Bersatu adalah berkenaan soal kemenangan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang,” kata beliau.

Azman berkata, hak ada pada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia selagi ia mengikut peraturan dan undang-undang.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015
hadi

Melayu Perlu Ambil Kira Kaum Lain – Presiden PAS

M. HADI10 September, 2015