Dunia

Dr Mahathir Terima Anugerah ‘The Star Of Soekarno’

Dr Mahathir Terima Anugerah ‘The Star Of Soekarno’

JAKARTA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah ‘The Star of Soekarno’ yang diberikan Yayasan Pendidikan Soekarno (YPS) di sini, malam Ahad.

Anugerah itu sebagai pengiktitarafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Pengasas YPS Rachmawati Soekarnoputri yang mengalungkan pingat bintang itu kepada Dr Mahathir berkata, penganugerahan itu adalah sebagai tanda persahabatan dan pengiktirafan sumbangan para pemimpin di peringkat dunia.

Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, walaupun beliau tidak pernah bertemu dengan Surkarno, namun presiden pertama Indonesia itu merupakan idolanya semasa beliau masih seorang pelajar.

Katanya, disebabkan itu, anugerah berkenaan sangat bermakna dalam hidupnya kerana beliau dapat memiliki satu tanda kenangan yang berkaitan dengan semangat Surkarno.

“Ketika Indonesia bergelut memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan Belanda di bawah pimpinan Surkarno dan Hatta (Mohammad Hatta, Timbalan Presiden pertama Indonesia), Malaysia belum lagi terbentuk dan masih di bawah pentadbiran British dan semangat Sukarno kemudiannya mula menyerap dalam kalangan pemimpin Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan,” katanya.

Anugerah ‘The Star of Soekarno’ itu mula diberikan kepada para pemimpin luar Indonesia pada 2001 dan selain Dr Mahathir, tiga penerima lain ialah bekas Presiden Cuba Fidel Alejandro Castro Ruz, bekas Presiden Venezuela Hugo Rafael Chavez dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Dunia

vol

Letupas Gas: 11 Cedera, Lapan Gagal Dikesan

MOHD HAFIZ21 December, 2015
justo22

Justo Mahu Saman The Edge Dan Sarawak Report

NAJHAN30 October, 2015
JOKOWI-JEREBU

Jerebu: 19 Maut Di Indonesia

NAJHAN29 October, 2015
Aviastar

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua Penumpang Maut

M. HADI6 October, 2015
Rempuhan Mina

Seorang Jemaah Haji Malaysia Terkorban Dalam Rempuhan Di Mina

M. HADI28 September, 2015
najib razak

Malaysia Kutuk Serangan Di Masjid Al Aqsa

M. HADI21 September, 2015
Asyraf Wajdi Dusuki

Dua Jemaah Malaysia Yang Hilang Disahkan Terkorban

M. HADI21 September, 2015
Ratu Elizabeth II

Elizabeth II Catat Sejarah Ratu Paling Lama Memerintah Great Britain

M. HADI10 September, 2015
Lori Eksiden

Pemandu Tersedak Rempuh 23 Kereta

M. HADI10 September, 2015