Seni

Keluarga Mahu Perkahwinan Stacy & Akim Disegerakan

Keluarga Mahu Perkahwinan Stacy & Akim Disegerakan

PETALING JAYA: Penyanyi Stacy berkata, keputusan mengadakan majlis pertunangannya dengan Akim Ahmad pada Sabtu lalu dibuat selepas keluarga kedua-dua pihak mahu perkahwinan mereka disegerakan.

Menurut Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, selepas memeluk Islam pada 24 Ogos lalu, keluarganya menganggap tidak manis dia dan Akim sering dilihat bersama apatah lagi hubungan mereka sudah menjangkau lebih enam tahun.

“Mak dan ayah kami minta ia disegerakan. Saya pun sudah masuk Islam, perlukan bimbingan. Tambahan pula kami sudah enam tahun berkawan. Dalam Islam pun tidak elok untuk lelaki dan wanita sering berdua-duaan jika tiada ikatan.

“Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu,” katanya.

Stacy dan Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, telah bertunang dalam satu majlis yang diadakan di ibu kota dekat sini pada Sabtu lalu.

Akim Ahmad dan Stacy sah bertunang pada Sabtu. Foto Ihsan OFFICIAL HLIVE

Akim Ahmad dan Stacy sah bertunang pada Sabtu. Foto Ihsan OFFICIAL HLIVE

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 30 orang tetamu terdiri daripada pihak keluarga Stacy dan Akim.

Bagaimanapun Stacy enggan mengulas mengenai apa yang dibincangkan semasa majlis pertunangan itu.

“Saya akan ceritakan lebih lanjut nanti, bukan sekarang,” ujarnya.

Sementara itu. Stacy menyifatkan ikatan pertunangannya dengan Akim  adalah satu persediaan buatnya sebelum melalui fasa dalam berumah tangga.

Kata penyanyi yang kini popular dengan lagu I Am Not For Sale itu, ikatan pertunangan juga membuatkan dia bersikap lebih matang sebelum bergelar seorang isteri.

“Semestinya saya gembira, akhirnya kami bertunang selepas enam tahun berkawan. Pada masa sama, saya sendiri perlu lebih bersedia untuk menjadi isteri orang,” tuturnya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Seni

More in Seni

fp

Pemain Dram Flop Poppy Perlu Bantuan Tempat Tinggal Dan Anak Derita Sakit Usus

NAJHAN30 October, 2015
Radhi dan Rani Kulup

Radhi OAG Bakal Bekerjasama Dengan Rani Kulup?

MOHD IQBAL22 September, 2015
Konsert Selasihku Sayang

Memartabat Lagu Melayu Asli Ke Persada Antarabangsa

M. HADI21 September, 2015
Nora Nadeem

Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Berakhir

MOHD IQBAL26 August, 2015
Lah Ahmad

Lah Ahmad: ‘Berkarya kerana ALLAH’

M. HADI14 August, 2015
cinta paling agung

‘Cinta Paling Agung’ Beri Mesej Tentang Poligami

NAJHAN23 July, 2015
Najwa-2

Najwa Latif Belum Sedia Beri Lagu Ciptaan Untuk Penyanyi Lain

NAJHAN22 July, 2015
21715riadz1.transformed

Mahathir Berlakon Filem Kapsul

NAJHAN21 July, 2015
uqasha-senrose-berhijab

Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dikritik Berbaju Ketat

NAJHAN19 July, 2015