Berita

Rakyat Masih Menderita Akibat Kemajuan Global Tidak Seimbang – Najib

Rakyat Masih Menderita Akibat Kemajuan Global Tidak Seimbang – Najib

NEW YORK, 28 Sept — Ketika pemimpin dunia menerima pakai agenda pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tempoh 15 tahun akan datang, pada sidang kemuncak di sini, Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa kemajuan global telah menjadi tidak seimbang dengan jutaan rakyat masih menderita.

“Kini, kira-kira 800 juta rakyat masih hidup dalam kemiskinan dan menderita kelaparan,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang kemuncak Agenda 2030 pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Najib berkata walaupun sasaran mengurangkan kadar kemiskinan tegar telah dicapai, namun dunia masih jauh daripada mencapai matlamat keseluruhan untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan.

“Ini, mesti kekal menjadi teras agenda pembangunan pasca 2015 – dan ia adalah penting untuk memastikan tiada individu yang tercicir di belakang,” katanya.

Perdana Menteri berkata jutaan rakyat masih menderita disebabkan jantina, umur, kecacatan, etnik atau lokasi geografi.

Dikenali sebagai Matlamat Global, agenda berkenaan mengandungi 17 matlamat dan 169 sasaran, memberi tumpuan kepada tiga elemen – pertumbuhan ekonomi, penyertaan sosial dan perlindungan alam sekitar.

Agenda berkenaan telah diterima pakai pada Jumaat (Sabtu di Malaysia) pada perasmian mesyuarat tiga hari sidang kemuncak di New York dengan lebih 150 pemimpin dunia menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB.

Antara lain, ia bertujuan untuk membasmi kebuluran dan kemiskinan, mengurangkan ketidaksamaan, mencapai kesaksamaan gender serta melakukan tindakan serius untuk memperjuangkan perubahan iklim.

Malaysia, menurut Najib, komited terhadap agenda pasca 2015 untuk mengubah dunia menjelang 2030 memandangkan pembangunan keterangkuman dan mampan telah sekian lama menjadi pusat transformasi negara daripada sebuah negara membangun kepada negara yang mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan daripada 49.3 peratus pada 1970 kepada 0.6 peratus pada 2014 manakala kemiskinan tegar telah dihapuskan.

“Menjelang 2020, kami menyasarkan untuk menggandakan pendapatan purata bagi isi rumah B40 (bawah 40 peratus) daripada US$700 pada 2014 kepada US$1,500, menaik taraf mereka ke dalam kelompok kelas menengah,” katanya.

Tambah beliau, penyertaan wanita dalam tenaga kerja akan meningkat manakala kawasan luar bandar akan diubah dengan meningkatkan hubungan dan mobiliti serta mewujudkan persekitaran lebih mesra perniagaan.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015