Dunia

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua Penumpang Maut

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua Penumpang Maut

JAKARTA, 6 Okt – Pesawat Twin Otter milik syarikat penerbangan Aviastar yang dilaporkan hilang di udara sejak Jumaat lepas, ditemui dalam keadaan hancur di kawasan Bukit Pajaja, Kampung Ulu Salu, Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

Menurut siaran berita televisyen tempatan, kesemua 10 orang termasuk tiga anak kapal ditemui mati di tempat kejadian.

Bangkai pesawat itu ditemui oleh penduduk kampung yang turut membantu usaha mencari dan menyelamat setelah ia gagal dikesan selama empat hari.

Pesawat itu yang berlepas dari lapangan terbang Masambar pada kira-kira 2 petang Jumaat lepas, dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dan tidak mendarat di Makassar, Sulawesi Selatan sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan Pudji Hartanto Iskandar dipetik sebagai berkata operasi sedang dijalankan untuk membawa keluar mayat mangsa.

Kesemua mangsa termasuk seorang bayi disahkan rakyat tempatan dan punca kejadian masih disiasat.

Masamba ialah ibukota Luwu Utara iaitu bandar kecil di tepi sungai yang menjadi sempadan antara Sulawesi Tengah dan Sulawesi Barat.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Dunia

vol

Letupas Gas: 11 Cedera, Lapan Gagal Dikesan

MOHD HAFIZ21 December, 2015
justo22

Justo Mahu Saman The Edge Dan Sarawak Report

NAJHAN30 October, 2015
JOKOWI-JEREBU

Jerebu: 19 Maut Di Indonesia

NAJHAN29 October, 2015
Dr Mahathir

Dr Mahathir Terima Anugerah ‘The Star Of Soekarno’

M. HADI28 September, 2015
Rempuhan Mina

Seorang Jemaah Haji Malaysia Terkorban Dalam Rempuhan Di Mina

M. HADI28 September, 2015
najib razak

Malaysia Kutuk Serangan Di Masjid Al Aqsa

M. HADI21 September, 2015
Asyraf Wajdi Dusuki

Dua Jemaah Malaysia Yang Hilang Disahkan Terkorban

M. HADI21 September, 2015
Ratu Elizabeth II

Elizabeth II Catat Sejarah Ratu Paling Lama Memerintah Great Britain

M. HADI10 September, 2015
Lori Eksiden

Pemandu Tersedak Rempuh 23 Kereta

M. HADI10 September, 2015