Politik

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kami gembira dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar Keadilan,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam sidang media yang di adakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

“Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian,” kata Wan Azizah.

Terdahulu, sebuah poster mengumumkan penyertaannya ke parti pembangkang itu mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp pada petang Rabu walaupun sumber imej berkenaan tidak diketahui.

Bagaimanapun terdapat kesalahan menerusi maklumat dalam poster berkenaan apabila ia menyatakan bahawa pengumuman penyertaan Saiffuddin ke PKR akan dibuat di pejabat Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di Damansara Heights.

Bagaimanapun PKR sendiri sudah mengeluarkan jemputan bagi membuat liputan sidang media di ibu pejabat parti itu pada Khamis.

Saifuddin baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015
hadi

Melayu Perlu Ambil Kira Kaum Lain – Presiden PAS

M. HADI10 September, 2015