Terkini

Minat Golongan Muda Terhadap Sejarah Semakin Berkurangan – Khoo Kay Kim

Minat Golongan Muda Terhadap Sejarah Semakin Berkurangan – Khoo Kay Kim

PUTRAJAYA – Masyarakat kebelakangan ini seakan meminggirkan sejarah sehingga minat golongan muda terhadap subjek tersebut semakin berkurangan, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Beliau meminta ia diberikan perhatian kerana sejarah negara sangat berkait rapat dengan Perlembagaan Negara.

“Kalau tidak faham sejarah, perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara langsung tidak ada makna,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung’ anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri di sini Khamis.

Tambah Khoo, kurangnya minat golongan muda terhadap sejarah turut dapat dilihat daripada bilangan siswazah pengajian sejarah di Universiti Malaya (UM) pada masa ini.

“Sekarang tidak lebih 20 orang penuntut sejarah di UM. Dulu kuliah tahun pertama sehingga beratus penuntut,” jelasnya.

Mengulas mengenai kurangnya minat dalam subjek sejarah, Khoo berkata guru yang mengajar sejarah perlu memastikan sistem pengajaran yang menarik dan berkesan.

“Sejarah mesti dikaitkan dengan alam sekitar dan bukannya belajar untuk peperiksaan. Kalau (murid) dipaksa belajar sejarah untuk peperiksaan maka murid itu akan benci pada sejarah,” katanya.

Tambah beliau, antara pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran sejarah ialah misalnya guru membawa pelajar melawat untuk menunjukkan di mana Kuala Lumpur bermula dan kemudiannya menjelaskan bagaimana Kuala Lumpur berkembang.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Terkini

More in Terkini

diver

Bekerja Tanpa Tali Leher Dan Seluar Dalam

ZULAYHA21 December, 2015
Pertandingan Kemahiran Dunia

Penuntut JMTI Teruja Bersaing Peringkat Antarabangsa

MOHD IQBAL28 August, 2015
airul firham

Peserta Malaysia Berjaya Laksana Tugasan Di WSC Sao Paulo

M. HADI17 August, 2015
abdulrahmanabdullah

Karyawan Melayu Australia Pamer Lukisan Di Galeri Petronas

NAJHAN12 August, 2015
1227

Ahli Silap Mata Kelahiran P.Pinang Bersinar Di Hollywood

M. HADI10 August, 2015
ace3

Golongan Muda Disaran Ceburi Bidang Perniagaan Sebelum Umur 50 Tahun

NAJHAN30 July, 2015
WT17-1024x682-825x510

Pro Madza: Pelumba Malaysia Weiron Tan Tawan Litar Iowa

NAJHAN19 July, 2015
Diana

Gadis Sabah catat nama dalam sejarah Liverpool

NAJHAN10 July, 2015