Politik

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, – Tindakan pembangkang yang sering kali mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan membangkitkan rasa tidak puas hati seorang penyokong kerajaan di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang membidas sikap pembangkang itu mengingatkan rakyat negara ini supaya menjadikan apa yang berlaku di negara Timur Tengah sebagai iktibar.

“Di negara Timur Tengah keadaan menjadi huru-hara hanya semata-mata mereka mendesak pemimpinnya meletak jawatan,” katanya ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya keterujaan pembangkang yang berterusan membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula seolah-olah mempertikaikan kreadibiliti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai wakil pembangkang.

“Tadi saya dengar diungkit lagi, apakah kita tidak percaya kepada PAC yang terdiri daripada pembangkang juga. Apakah kita tidak percaya kepada ketua audit kita?,” soalnya yang mengakui bersetuju isu 1MDB diselesaikan segera.

Hujah Noh semakin berapi apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangkit mencelah dan menyifatkan Barisan Nasional (BN) yang sering mendesak menukar pemimpin.

Noh sebaliknya memulangkan paku buah keras, dengan membangkitkan kepincangan kepimpinan PKR di Selangor yang disifatkan mengamalkan dwistandard apabila tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang didakwa meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada parti.

Sedangkan katanya, bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat kerana didakwa membuat perjanjian air tanpa merujuk kepada parti.

“Jika Bandar Tun Razak (Khalid) dahulu kena pecat sebab dikatakan membuat perjanjian air tanpa merujuk kepada parti, oleh itu dalam isu projek lebuh raya ini Menteri Besar Selangor (Mohamed Azmin) pun kena dipecat juga,” katanya.

Noh menyifatkan Abdul Khalid seorang ahli politik yang bijak sehingga berjaya membawa kemenangan kepada pakatan pembangkang dengan merampas negeri Selangor daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008, namun dipaksa meletak jawatan tahun lepas hanya kerana tidak akur dengan kehendak parti.

“Oleh itu sekiranya Azmin tidak dipecat ini jelas menunjukkan PKR mengamalkan dwistandard,” katanya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

Datuk Seri Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

NAJHAN1 November, 2015
lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015
hadi

Melayu Perlu Ambil Kira Kaum Lain – Presiden PAS

M. HADI10 September, 2015