Dunia

Justo Mahu Saman The Edge Dan Sarawak Report

Justo Mahu Saman The Edge Dan Sarawak Report

BANGKOK: Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba memeras bekas majikannya PetroSaudi International, akan menyaman pemilik kumpulan media The Edge dan eksekutif tertingginya serta editor Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di Singapura.

Justo mahu Toong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge Communications Sdn Bhd Ho Kay Tat serta pengasas-editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memulangkan data yang telah diserahkannya kepada mereka, menurut sumber yang berkaitan dengan kes itu.

Sumber itu memberitahu Bernama bahawa saman itu dijadual didengar di Mahkamah Tinggi di Singapura pada 4 November ini.

Saman itu akan difailkan di Singapura kerana data berkenaan, yang dicuri Justo daripada PetroSaudi, telah diserahkan kepada ketiga-tiga pihak itu di republik berkenaan.

Justo mengaku mencuri data berjumlah 90 gigabyte termasuk e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi sebagai sebahagian daripada percubaan untuk memeras bekas majikannya itu.

Apabila percubaan pemerasan itu gagal, dia menyerahkan data berkenaan kepada Toong dan Brown, yang dikatakan telah menawarkan kira-kira US$2 juta kepadanya, tetapi dia ditangkap pada 22 Jun lepas di pulau Koh Samui di selatan Thailand sebelum menerima bayaran itu.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Dunia

More in Dunia

vol

Letupas Gas: 11 Cedera, Lapan Gagal Dikesan

MOHD HAFIZ21 December, 2015
JOKOWI-JEREBU

Jerebu: 19 Maut Di Indonesia

NAJHAN29 October, 2015
Aviastar

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua Penumpang Maut

M. HADI6 October, 2015
Dr Mahathir

Dr Mahathir Terima Anugerah ‘The Star Of Soekarno’

M. HADI28 September, 2015
Rempuhan Mina

Seorang Jemaah Haji Malaysia Terkorban Dalam Rempuhan Di Mina

M. HADI28 September, 2015
najib razak

Malaysia Kutuk Serangan Di Masjid Al Aqsa

M. HADI21 September, 2015
Asyraf Wajdi Dusuki

Dua Jemaah Malaysia Yang Hilang Disahkan Terkorban

M. HADI21 September, 2015
Ratu Elizabeth II

Elizabeth II Catat Sejarah Ratu Paling Lama Memerintah Great Britain

M. HADI10 September, 2015
Lori Eksiden

Pemandu Tersedak Rempuh 23 Kereta

M. HADI10 September, 2015