Berita

MASwings Lanjut Tempoh Promosi Ulang Tahun Bagi Penuhi Permintaan

MASwings Lanjut Tempoh Promosi Ulang Tahun Bagi Penuhi Permintaan

KOTA KINABALU, 29 Okt (Bernama) — MASwings telah melanjutkan tempoh promosi ulang tahun kelapannya dengan menawarkan diskaun sehingga 80 peratus bagi tambang bermula serendah RM24 untuk sehala ke semua destinasi domestik syarikat itu.

Menurut kenyataan di sini hari ini, tempoh penjualan sempena promosi yang bemula sekarang hingga 31 Jan 2016 dan tempoh perjalanan juga telah dilanjutkan mulai sekarang hingga 31 Mac 2016.

“Tempoh promosi ulang tahun kelapan dilanjutkan kerana peningkatan permintaan dari komuniti Sabah dan Sarawak. Lebih banyak penumpang menggunakan perkhidmatan MASwings kerana tambang semakin kompetitif di pasaran.

“Juga, pengunjung yang melancong dengan tambang khas terus menikmati semua perkhidmatan termasuk makanan dan minuman ringan dalam penerbangan, jadual yang selesa, minimum 20kg elaun bagasi bagi kelas ekonomi dan banyak lagi faedah,” kata kenyataan itu.

MASwings menawarkan penerbangan dari Kota Kinabalu ke sembilan destinasi di Sabah dan Sarawak termasuk destinasi popular seperti Miri, Kuching, Sandakan dan abuan.

Penumpang juga mempunyai pilihan untuk terbang dari Kuching dan Miri ke lima estinasi pilihan di seluruh Borneo.

Promosi itu dilancarkan pada 8 Okt 2015 sempena sambutan ulang tahun kelapan syarikat penerbangan itu.

Penumpang boleh membuat tempahan melalui pejabat jualan MASwings/Malaysia Airlines dan melalui Pusat Panggilan 24 Jam Malaysia Airlines di nombor 1300 88 3000 atau melalui laman sesawang MASwings www.maswings.com.my.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015