Berita

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

MELAKA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengajak penjawat awam menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan kerajaan memperuntukkan pelbagai insentif kepada kumpulan itu dalam Bajet 2016.

Beliau berkata antara insentif yang diluluskan untuk penjawat awam dalam Bajet 2016 ialah pemindahan gaji bersama satu kenaikan gaji tahunan; penambahbaikan 252 skim perkhidmatan; gaji permulaan terendah kepada RM1,200; dan pemberian khas RM500.

“Penjawat awam sebagai tulang belakang dan penggerak utama kepada setiap dasar dan polisi yang telah diputuskan oleh kerajaan, wajar memiliki integriti dengan cerminan produktiviti yang tinggi.

“Bagi memenuhi kehendak dan harapan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, kerajaan akan memperkenalkan dasar pemisah yang menyediakan mekanisme untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah,” katanya di sini, Sabtu.

Mohamad Zabidi berkata demikian dalam perutusannya sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional di sini. Siaran media mengenai perutusan itu dikeluarkan Pasukan Komunikasi, Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015
maswing

MASwings Lanjut Tempoh Promosi Ulang Tahun Bagi Penuhi Permintaan

NAJHAN30 October, 2015