Berita

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

KANGAR, – Malaysia memerlukan antara 200,000 hingga 250,000 metrik tan daging setahun, tetapi kemampuan negara hanya dapat menyediakan kira-kira 50,000 metrik tan sahaja.

Sehubungan itu kerajaan memperkenalkan tiga pendekatan bagi menampung kekurangan tersebut melibatkan penternakan lembu, kerbau dan kambing, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini hari ini, beliau menambah, salah satu pendekatan yang diambil ialah memperkenalkan projek ladang satelit.

Katanya, setakat ini sebanyak 67 ladang satelit diwujudkan di seluruh negara dengan setiap ladang mempunyai dua hingga lima kandang ternakan dan setiap kandang boleh memuatkan antara 200 hingga 500 ekor ternakan sama ada lembu, kerbau atau kambing.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga mendapat kerjasama kerajaan-kerajaan negeri untuk menyediakan tanah bagi membolehkan pembukaan padang ragut sebagai tempat menternak.

Beliau memberitahu, sehingga sekarang terdapat kira-kira 8,000 padang ragut di seluruh negara di bawah pengawasan sebuah jawatankuasa khas yang diberi tanggungjawap mengendalikanya.

Sementara itu pendekatan ketiga jelas Tajuddin ialah memperkenalkan konsep integrasi ladang ternakan membabitkan ternakan lembu, kerbau atau kambing dalam ladang kelapa sawit oleh para pemilik ladang terbabit seperti Felda, Felcra dan syarikat-syarikat swasta.

“Bagaimanapun ketiga-tiga pendekatan yang diperkenalkan ini tidak mendapat sambutan daripada mereka yang terlibat menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport daging daripada luar negara seperti India, Australia, Thailand dan Myamar bagi menampung keperluan,” ujarnya.

Semasa berucap pada majlis tersebut, Tajuddin menasihatkan para peladang, penternak dan nelayan lebih serius menjalankan tugas masing-masing kerana kerjaya itu juga boleh memberi pulangan lumayan sekiranya tidak terlalu bergantung kepada orang tengah.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali memberitahu sambutan tersebut berlangsung selama tiga hari melibatkan pelbagai pengisian termasuk pameran dan jualan hasil-hasil pertanian, demo masakan negeri serta pertandingan sukan.

Pada akhir majlis, Tajuddin turut menyampaikan sumbangan insentif TEKUN dan insentif MADA kepada para penerima terpilih di samping penyampaian anugerah kepada para pemenang membabitkan 12 kategori.

Sempena lawatannya ke Perlis, Timbalan Menteri itu turut melawat projek ladang mempelam harumanis di Bukit Bintang, Bintong dekat sini dan mendengar taklimat daripada Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015
maswing

MASwings Lanjut Tempoh Promosi Ulang Tahun Bagi Penuhi Permintaan

NAJHAN30 October, 2015